Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Disember 2025

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid & Majlis Graduasi Tahun 6 & PraSekolah 2025.

Tokoh Murid sepanjang tahun 2025 Farish Daneal Bin Haidun.

Acara perlaksanaan Majlis Anugerah hari ini 18.12.2025

Majlis  Anugerah Kecermerlangan Akademik & Garduasi Tahun 6  PraSekolah.

18.12.2025 bersamaan hari Khamis terlaksana lagi tahun ini dengan penuh gemilang Majlis Rasmi Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Tahun Enam serta PraSekolah di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, Sabah.

Majlis ini dirasmikan Oleh Encik Ismadi Bachok yang merupakan YDP Pibagu sekolah. Turut berucap ialah Penolong Kanan Kurikulum Encik Mohd Zahir Bin Baharom. Doa memberkati majlis ilmu ini diketuai oleh Ustaz Hairon Nazri dan juruacara ialah Cikgu Rissa dan Ustazah Safini.Majlis berlangsung dengan penuh ceria dan gemilang sekali dengan kehadiran ramai ibubapa memenuhi ruangan tempat duduk Dewan Terbuka.

Menerusi hari Anugerah ini, yang bertujuan memberi penghargaan kepada semua murid yang berjaya dalam akademik setiap kelas, memberi penghargaan kepada pelajar tahun 6 yang menjadi Cemerlang Akademik secara keseluruhan, memberi kan anugerah khas kepada Tokoh Murid 2025 dan penghargaan gemilang kepada murid yang diangkat sebagai Tokoh Sukan KoKurikulum tahun 2025. 

Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya merebut kedudukan terbaik akademik iaitu Daffi Johairi, Tokoh Sahsiah Murid Terbaik iaitu Farish Daneal Haidun dan Tokoh KoKum ialah Mohd fauzan Shah Jadia. Anda boleh mengenali murid cemerlang ini melalui keterangan  pada gambar yang disertakan.





Mohd Daffi ~ Terbaik Pelajaran Tahun 6 2025

Mohd Fauzan ~ Terbaik Sukan KOKUM 2025
Senyuman seorang Tokoh Murid sesi 2025

Gambar kenangan bersama Ustazah Mariyana Ahmad ( Guru Berpindah Seklah)

Bergambar bersama murid tahun 6 dan guru mengajar tahun 6 2025


Pengurus Hadiah, Sijil danTropi Anugerah

Mereka berlima selalu membantu dengan gigih apa juga persediaan Majlis Rasmi.

Selasa, 9 September 2025

Hasil Karya Murid Sempena Program Bulan Kebangsaan 2025.


3 September 2025 bersamaan hari Rabu, merupakan hari diadakan Majlis Perasmian dan penutupan Program Bulan Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau tahun ini. Diadakan dengan penuh kemeriahan, keriangan dan warna warni termasuk pakaian busana yang diperagakan oleh murid, warga guru dan komuniti ibubapa.

Ustaz Ismadi Bin Bachok menjadi Pegawai Perasmi majlis ini selaku juga sebagai YDP PIBG sekolah tahun ini. Gimik perasmian juga dilakukan oleh YDP PIBG dan kerjasamna Timbalan Pengerusi PIBGU En. Adnan dan Guru Penolong Kanan. Memang meriah sambutan kali ini. Di ucapkan tahniah kepada semua. Semoga usaha ini dapat di teruskan pada tahun depan dan akan datang.

Program Bulan Kebangsaan telah memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Panita mata pelajaran. Mari saksikan beberapa gambar pameran aktiviti murid yang sangat seni, kreatif dan inovasi. 










Happy Kemerdekaan & Keriangan dan kegembiraan di Bumi Bertuah Tanah Air Tercinta. Gambar kenangan tiga orang guru ceria semasa program ini.