Memaparkan catatan dengan label Anugerah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anugerah. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Disember 2025

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid & Majlis Graduasi Tahun 6 & PraSekolah 2025.

Tokoh Murid sepanjang tahun 2025 Farish Daneal Bin Haidun.

Acara perlaksanaan Majlis Anugerah hari ini 18.12.2025

Majlis  Anugerah Kecermerlangan Akademik & Garduasi Tahun 6  PraSekolah.

18.12.2025 bersamaan hari Khamis terlaksana lagi tahun ini dengan penuh gemilang Majlis Rasmi Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Tahun Enam serta PraSekolah di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, Sabah.

Majlis ini dirasmikan Oleh Encik Ismadi Bachok yang merupakan YDP Pibagu sekolah. Turut berucap ialah Penolong Kanan Kurikulum Encik Mohd Zahir Bin Baharom. Doa memberkati majlis ilmu ini diketuai oleh Ustaz Hairon Nazri dan juruacara ialah Cikgu Rissa dan Ustazah Safini.Majlis berlangsung dengan penuh ceria dan gemilang sekali dengan kehadiran ramai ibubapa memenuhi ruangan tempat duduk Dewan Terbuka.

Menerusi hari Anugerah ini, yang bertujuan memberi penghargaan kepada semua murid yang berjaya dalam akademik setiap kelas, memberi penghargaan kepada pelajar tahun 6 yang menjadi Cemerlang Akademik secara keseluruhan, memberi kan anugerah khas kepada Tokoh Murid 2025 dan penghargaan gemilang kepada murid yang diangkat sebagai Tokoh Sukan KoKurikulum tahun 2025. 

Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya merebut kedudukan terbaik akademik iaitu Daffi Johairi, Tokoh Sahsiah Murid Terbaik iaitu Farish Daneal Haidun dan Tokoh KoKum ialah Mohd fauzan Shah Jadia. Anda boleh mengenali murid cemerlang ini melalui keterangan  pada gambar yang disertakan.





Mohd Daffi ~ Terbaik Pelajaran Tahun 6 2025

Mohd Fauzan ~ Terbaik Sukan KOKUM 2025
Senyuman seorang Tokoh Murid sesi 2025

Gambar kenangan bersama Ustazah Mariyana Ahmad ( Guru Berpindah Seklah)

Bergambar bersama murid tahun 6 dan guru mengajar tahun 6 2025


Pengurus Hadiah, Sijil danTropi Anugerah

Mereka berlima selalu membantu dengan gigih apa juga persediaan Majlis Rasmi.

Jumaat, 12 Disember 2025

En. Asrin Halim Pemenang Motosikal, Cabutan Bertuah Sempena Karnival Ko Kurikulum 2025.

Terpamer hadiah utama sempena Karnival KOKum Sk. Penagatan 2025

10 dan 11.12.2025 adalah hari Karnival KO KUM peringkat SK.Penagatan, Keningau yang julung kalinya diadakan. Berbagai aktiviti menarik diadakan sempena Karnival Ko Kum selama dua hari. 

Untuk acara cabutan bertuah yang mempertaruhkan hadiah istemewa seperti Motorsikal, basikal, frezzer dan peti sejuk dan                                                         pemenang nya adalah seperti berikut:
1. Motorsikal cash RM4000 ~ Milik Asrin Bin Halim dari Kampung Merampung Keningau.
2. Basikal : Adik Adi Akmal Bin Ainin. Murid tahun 3 SK. Penagatan.
3. Peti Sejuk 1 : Puan Josey A merupakan Cikgu di SK. Penagatan, Keningau.
4. Peti Sejuk 2 : Syukur Nadiuw ~ Penolong Kanan KOkum SK.Penagatan, Keningau.

Diucapkan syabas dan tahniah kepada pemenang.
En. Syukur Pengerusi Karnival KoKum Sk.Penagatan 2025
 
Gembira tidak terkata En. Asrin mendapat hadiah Motorsikal ~ Cabutan Bertuah 
sempena karival Ko Kum SK.Penagatan 2025. Syabas dan tahniah.



 Asrin Bin Halim ~ Cabutan bertuah Motorsikal Cash RM 4000

Cikgu Syukur ~ Hadiah cabutan Peti Aisbok saiz besar

Farid Yusuf ~ Bertuah mendapat Hadiah Beras 5 KG

Vedio Adi Akmal~ Pemenang cabutan bertuah ( Basikal )
Sempena Karnival Ko Kum SK.Penagatan, 2025.