Khamis, 15 Februari 2024

Tahniah, Mara Ke Sekolah Menengah & Teruskan Usaha Mencapai Impian

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersua kembali dipagi indah ceria hari Khamis 15.02.2024. Satu peredaran masa yang kita tidak akan terkejar masa melainkan kita hanya teruskan apa juga rutin hidup. Dan paling WAJIB ialah mensyukuri apa juga rezeki yang diberi oleh sang pencipta.

Dalam whatssup group kampung mendapat khabar murid-murid tahun enam di SK.Penagatan, Keningau telah semua berjaya mendaftar di sekolah menengah di Sekolah Kebangsaan Menengah Keningau bagi sesi 2024/2025 dan dalam paparan mereka telah diagihkan ke kelas masing-masing. Terdapat seramai 39 murid telah mendapat tempat. Diucapkan tahniah dan syabas, teruskan kecemerlangan anda dan berusaha mencapai cita-cita yang murni. Diucapkan tahniah juga kepada ibubapa yang sangat memberikan sokongan padu kepada anak-anak dalam bidang pelajaran.

Kepada semua warga SK.Penagatan diucapkan tahniah berjaya mendidik mereka dan mejadikan murid sentiasa berjaya sepanjang di sekolah rendah. Justuru itu jasa guru usah dilupakan. Pastinya banyak lakaran kejayaan murid-murid sehingga ke peringkat kebangsaan. 

Teringat suatu masa dahulu, kesibukan menyekolahkan anak pada masa zaman saya tidak ada beza kesibukkannya. Perlukan pengorbanan, tenaga dan kewangan demi menjayakan anak-anak dalam bidang pelajaran hingga ke UNIVERSITI. 

Selamat menempuhi ke alam remaja dan selamat menempuhi alam persekolahan yang baru. Kekalkan disiplin yang baik dan jadilah butiran bintang yang sering bersinar, pasti kejayaan milik anda.


Tahniah Namit

Tahniah Akma

Tahniah Daniel Hakimi

Anda semua sentiasa dalam ingatan, Salam sayang sesama insan.

 

Majlis Apresiasi Dan Anugerah Kecemerlangan Sesi 2023 / 2024 SK. Penagatan, Keningau

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bertemu kembali dalam wall blog Template Mekar Pendidikan ini. Maaf atas kelewatan mencatat moment indah atau peristiwa manis dalam paparan blog ilmu ini. Semoga paparan kali ini memberi makna dan menjadikan anda seorang pembaca maya yang sukakan bahan bacaan dan pasti mendapat ilmu baru.

07.02.2024 bersamaan hari Rabu adalah tarikh gemilang persekolahan sesi 2023 / 2024 kerana tarikh ini merupakan jatuhnya satu peristiwa bersejarah bagi SK. Penagatan, Keningau , Sabah iaitu Majlis Apresiasi Dan Anugerah Kecemerlangan murid diadakan atau dijalankan dengan penih gemilang.

Majlis di rasmikan oleh oleh Tuan Emran Haji Madrus, Pegawai Cemerlang SiPartners Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, Sabah. Turut memberi ucapan ialah En. JOhny Bin Makajin, Guru Besar Sekolah dan En. Ismadi Bin Bachok merupakan YDP PIBG sekolah. 

Pelajar yang diraikan ialah pelajar tahun enam dari kelas 6 Bijak dan 6 Cerdik, murid Prasekolah dan semua murid yang mencapat kecemerlangan akademik dan anugerah khas seperti murid menjawat tugas Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Pembantu Ketua Kelas dan cemerlang penglibatan Ko-Kurikulum sesi 2023 /2024. Diucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah.

Dalam paparan di wall blog, disertai beberapa gambar penerima anugerah dari murid tahun enam dan gambar beberapa guru dan pegawai perasmi. Semoga sudi melihat gambar kenangan .




Pelajar Depan : Farisha Damia Binti Nor Salleh






Pelajar : Muhammad Rayyan Shafiee Bin Jenius