Ahad, 10 Mei 2026

Softboll Team Keningau JUARA Keseluruhan MSSS 2026.



Softboll Team Keningau JUARA Keseluruhan MSSS 2026.

JUARA SOFTBOL MSSS 2026  KESELURUHAN IALAH KENINGAU

" Terima Kasih  pengurusan softball paling mantap di Negeri Sabah👍👍👍kita saja bas begini ..tahniah cgu Josey Josylen dan  guru- guru  skpk atas usaha yg begitu padu.. semoga semua selesa👍👍👍👍dan dipermudahkan ke Tawau..biar slow asal sampai..jumpa di Tawau guys."  Ini adalah kata-kata semangat yang diucapkan oleh Cg Syukur Nadiu yang merupakan PK KoKum SK.Penagatan, Keningau serta pengurus yang amat bertanggungjawab melaksanakan misi dan visi Sukan Softball daerah Keningau hingga berjaya ke peringkat Negeri Sabah.

Minta doa2 semua ibubapa kejayaan anak2 kita dan semua kontengen keningau dipermudahkan perjalanan pergi balik dan seterusnya membawa balik kejuaraan.Amin.

Keputusan MSSS Softbol Peringkat Negeri Sabah.

Perempuan u18 keningau lawan Kota Kinabalu , Keningau JOHAN

Perempuan u 12 tahun Johan

Lelaki u 12 tahun tempat ketiga.

JUARA KESELURUHAN DI MILIKI OLEH TEAM SOFTBOL Dari  Keningau.

Pemain Best batter perempuan Danella Balqis ( Keningau )
Catcher terbaik pun dari Keningau.
Best catcher u18 adik Alyessa Maysara Amery ( Keningau )






Tahniah Team Softbol dari Keningau- Juara









Selasa, 13 Januari 2026

Kembali Ke Sekolah 2026. Program Aank Baik Lagi Cerdik.

Kelihatan Penolong Kanan 1 dan PK Hem menyambut kehadiran murid awal pagi
datang ke sekolah pada 12.01.2026. Amalan budaya penyayang ersekolahan 2026.


Program Anak Baik Lagi Cerdik Sesi Awal Persekolahan 2026.

Program ini dilancarkan oleh PK 1, En. Zahir Baharom pada 12.01.2026 di perhimpunan rasi yang bertempat di Dewan Terbuka SK.Penagatan. Program ini diurus atau penyelarasnya ialah Cikgu Rissa Sinuar dan AJK Khas yang telah dilantik. 

Objektif Program ABC

Memupuk semangat suka datang ke sekolah dikalangan murid selain merasa seronok dan selamat  datang kesekolah. Murid merasakan aman dan damai berada di sekolah sehingga merasa sekolah adalah tempat yang sernok menimba berbagai ilmu. Ada berbagai aktiviti yang dijayakan dengan melibatkan Guru Kelas, Guru Penolong Guru Kelas, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran di Dewan atau juga aktiviti di dalam kelas. Syabas dan tahniah kepada AJK yang menjalankan Program ABC ( Anak Baik lagi Cerdik ) 

Murid ini adalah yang paling awal datang ke sekolah pada 12.01.2026.
Merupakan murid tahu 3 Bijak

Dipasangkan bintang Anak Baik Lagi Cerdik program seminggu awal
persekolahan 2026 hingga 16.01.2026.


Perhimpunan rasmi Isnin 12.01.2026

Cikgu Rissa Sinuar memberikan ucapan sebagai Penyelaras Program Anak Baik Lagi Cerdik 2026.

Turut hadir awal pagi persekolahan 2026 ialah YDP PIBG Sekolah,
Encik Ismadi Bin Bachok.