Ahad, 23 Mac 2025

Majlis Ihya Ramadan 21 Mac 2025


Sesi membaca surah lazim al quran 

Majlis Ihya Ramadan 21 Mac 2025

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali dalam ruangan pena blog ini. Agak lama tidak muatkan catatan dan gambar, bukan tiada bahan untuk dicatat tetapi kesempatan serta ruang masa yang begitu cemburu untuk laksanakan tugas yang realiti di hadapan. Blog kita letakkan perkara kedua sebagaimana perkara lain. Namun ada perlunya melihat infor semasa lalu terkenang akan blog ini. Justeru hari ini ada pengisian sesuai peristiwa baru-baru ini diadakan majlis ringkas Ihya Ramadan di sekolah.

Majlis Ihya Ramadan pengisian yang sederhana, tetapi cukup memberi ilmu kepada kami semua warga sekolah, apatah lagi kepada kita yang berpuasa. Ceramah khas berkisar NUZUL QURAN. 

Ustaz Hairon Nazri terlebih dahulu membacakan doa dan disusuli acara berselawat ke atas Nabi Muihammad SAW beramai-ramai, kemudian  membaca Al Quran seterusnya  mengadakan aktiviti murid di dalam dewan terbuka sekolah. Murid yang datang semuanya melibatkan diri secara aktif. 

Majlis Ihya Ramadan dihadiri oleh para Pentadbir sekolah, staff guru serta Guru Pelatih dari IPGM Kampus Keningau. Ihya Ramadan semestinya perlu diadakan yang julung kalinya dibulan Ramadan dimana semua umat Islam seluruh Dunia berpuasa wajib.

Menunaikan solat Jemaah Terawih selepas Isyak, mengadakan Iftar berbuka dan majlis Tadarus Al Quran juga merupakan rutin sunat musim berpuasa dibulan Ramadan. Semua program ini menjurus menyantuni Bulan Ramadan dan memupuk  budaya kasih sayang serta tanda memohon rahmat dari yang esa. Diucapkan alhamdulillah kerana Panitia Agama Islam SK.Penagatan dapat mengadakan program Ihya Ramadan tahun ini. Penyelaras program Ihya Ramadan kali ini ialah Ustazah Safini Jaffar.


Murid-murid Islam duduk bersila mendengar CERAMAH
NUZUL QURAN

Antara guru dan guru pelatih yang hadir

Guru -guru wanita

Duduk tengan Guru Besar dan PK 1

Dicatat : Oleh GPM/25

Tiada ulasan:

Catat Ulasan