Ahad, 30 Oktober 2022

Selia Bantu Program TS25 SK. Penagatan Oleh En. Imran

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Bertemu kembali, kali ini admin hendak paparkan satu peristiwa yang sangat penting di sekolah kami. Peristiwa ini ialah kehadiran pemantauan dan selia bantu Program TS2 Sekolah kebangsaan Penagatan dan SIP Plus, iaitu En. Imran dari PPD Keningau. 

Kehadirannya sangat ditunggu-tunggu terutamanya En. Johny makajian @ Abdul Karin Bin Abdul Rahsid yang merupakan Guru Besar baru sekolah. Kehadirannya ditunggu atas keperluan sekolah ini memerlukan infor mengenai perlaksanaan PTS25. Pasti sekolah inginkan bimbingan dari pegawai atasan yang berpengalaman dan memang ada kepakaran dalam perlaksanaan Program TS25 di sekolah.

En. Imran berbaju koprat putih KPM sedang memberikan infor kepada GB
sekolah bersama dengan barisan Pentadbiran yang lain.

Antara yang hadir sesi selia bantu ini ialah Guru Besar sekolah, En. Zahir ( PK 1) En. Hendrie ( PK Hem ) Puan Masrinah ( PK KOKUM ) dan Puan Josey ( Setiausaha utama dan Penyelaras Program TS25). Addmin hanya berperanan mengambil gambar dan menyediakan bilik Pusat Sumber sebagai tempat bilik perbincangan antara mereka.

Apa yang addmin fahami ialah PTS25 ini merupakan satu angka panjang sebagai peluang kepada pihak sekolah membuat TRANSFORMASI (perubahan ) yang luar biasa. Terutama dalam mengusakan kecemerlangan murid kemenjadian murid serta menjadikan sesebuah sekolah itu menjadi pusat penyerahan ilmu atau pentaulihan ilmu kepada murid yang selamat, ceria dan kondusif. Sekolah hendaklah berjaya mencapai hasrat piawaian Kandungan Program TS25 secara menyeluruh. Pastinya peranan guru akan mendukung hasrat utama TS25 iaitu menekankan Transformasi hebat dalam PdP.

Setiausaha yang berbaju purple sedang mencatat maklumat 
dari En. Imran.




 

TS25 TRANFORMASI SEKOLAH CABARAN DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Bertemu kembali dalam ruangan catatan home Template Mekar Pendidikan SK. Penagatan, Keningau. Lama sebenarnya terbiar sepi blog ini, ekoran kesibukan dan kekangan masa maka tidak berkesempatan mencatat memori realiti dan program sebenar di sekolah kami. Justru atas kelewatan updated blog ini, admin memohon maaf kepada semua rakan guru dan semua pembaca blog ini.

Gambar kami semasa Hari Sukan Negara baru-baru ini.

Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau adalah antara sekolah yang menjadi sekolah TS25. Banyak tugas baru digalas oleh semua staf sekolah. Perubahan pemikiran juga sangat diperlukan dalam menggalas TS25. Bukan sahaja dari segi PdP dikelas diutamakan tetapi merangkum TRANSFORMASI kelas juga diambil kira. Kerana kelas merupakan tempat menyalurkan ilmu mata pelajaran, maka kelas diperlukan untuk dijadikan kelas yang lebih kondusif dan pastinya harapan agar disiplin murid bertambah baik. Perubahan persekitaran luar sekolah juga sesungguhnya diharapkan akan berlaku transformasi sebagai menambah kejayaan Program TS25 SK.Penagatan.

Dalam mendepani dan melaksanakan Program TS25, sekolah ini sering mendapat tetamu dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pegawai dari IPGM Kampus Keningau, dari IAB Kota Kinabalu dan dari Pejabat Pendidikan Daerah Keningau. Sekolah sentiasa dipantau selia dengan tujuan memberi bimbingan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk kelancaran dan format sebenar tentang perlaksanaan dan apa yang perlu dilakukan bagi menjayakan Program TS25. Semoga semua guru atau staf dapat berganding bahu melakasanakan tugasan dan saling bekerjasama menjayakan program TS25.

Baiklah sebelum mengundur diri, beberapa gambar selitan dalam wall blog, gambar kenangan semua staff SK.Penagatan semasa melaksanakan dan menjayakan bersama Hari Sukan Negara sesi 2022 baru-baru ini. 

Team guru lelaki bersama pekerja lain. Syabas & tahniah

PK. 1 En. Mohd Zahir dan beberapa guru wanita dan staff 
sokongan bersedia untuk Sukan Tradisi Bowling Kelapa.