Ahad, 5 Mei 2024

2.5.2024 Meriahnya Hari Raya Bersama


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera! Apa Khabar anda dihujung minggu ini?

Alhamdulillah, bersyukur rasanya kepada yang maha esa, kita bersua lagi dalam blog Mekar Pendidikan Mamabang ini. Ya, hari minggu dan hujung minggu inilah antara pengisian yang baik, di mana kita membuat penulisan di blog ini, untuk dibaca ditatap bersama dan pastinya akan terimbau kenangan lalu yang membahagiakan kita semua. Dan pastilah lembaran kenangan Hari Raya yang lalu ini memberi rasa gembira kepada yang berkenaan. Apatah lagi kepada warga pendidik sekolah ini mahupun warga murid sekolah serta ibubapa murid.

Bacaan doa selamat oleh Ustaz Hairon Nazri

Penganjuran Majlis Hari Raya kali ini adalah dipengerusikan oleh Ustaz Hairon Nazri dengan melantik AJK pelaksana yang sentiasa memberi kerjasama dari permulaan hinggalah ke penghujung majlis.  Acara suka-suka iaitu acara kegemaran ramai iaitu KAROEKI memang tiada yang melepaskan peluang menyanyikan lagu-lagu hit hari raya. Lagu tempatan juga dinyanyikan oleh guru baru iaitu Cikgu Davinia. 

Ucapan Guru Besar En. Abdul Karim Rahsid

Dalam ucapan Guru Besar, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 peringkat sekolah.
Tetamu dari Pejabat Pendidikan Daerah Keningau yang hadir sebagai jemputan khas ialah En. Imran dan En.Robin. Berbagai acara diadakan dan turut datang sebagai jemputan khas ialah En. Ismadi Bin Bachok merupakan YDP PIBAGU sekolah yang amat memberi kerjasama padu. Ucapan dari Guru Besar diakhiri dengan ucapan keramat iaitu SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Kad jemputan hari raya oleh Ustazah Mariyana Bte Ahmad


Pengacara Majlis Puan Ernawati Dan Ustazah Safine

Aura hari raya sememangnya luarbiasa, pastilah banyak acara boleh dilaksanakan sekiranya mempunyai kelapangan dan keluasan masa. Pada kali ini acara yang memeriahkan majlis ini ialah persembahan nyanyian dari dua orang murid yang berbakat, iaitu Nursuhaza dan Avora. Persembahan tarian berkonsepkan suasana hari raya, acara memotong kek hari raya  serta penyampaian DUIT HARI RAYA . Salam lebaran dan semoga ditahun depan 2025 bertemu ramadan lagi dan dapat merayakan lagi Hari Raya hari kememangan umat Islam berpuasa. Kesempatan keemasan ini kepada rakan guru disekolah ini yang sempat membaca, saya admin blog memohon kemaafan setulus hati atas segala kesilapan dan tutur kata yang tidak baik tanpa saya sedari mahupun disedari. Selamat hari raya maaf zahir batin.

Nursuhaza

Kek Hari Raya - Sumbangan Cikgu Syukur 

Cg.Piah dan Puan Ramlayati S

Beberapa guru wanita hebat di SKPK 2024

Suasana pakaian hari raya murid sekolah


Beberapa gambar guru SKPK 2024

Cikgu Josey A

Penulis bersama Guru Besar dan rakan guru serta
YDP PIBG

Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤ A. Azali ❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Khamis, 15 Februari 2024

Tahniah, Mara Ke Sekolah Menengah & Teruskan Usaha Mencapai Impian

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersua kembali dipagi indah ceria hari Khamis 15.02.2024. Satu peredaran masa yang kita tidak akan terkejar masa melainkan kita hanya teruskan apa juga rutin hidup. Dan paling WAJIB ialah mensyukuri apa juga rezeki yang diberi oleh sang pencipta.

Dalam whatssup group kampung mendapat khabar murid-murid tahun enam di SK.Penagatan, Keningau telah semua berjaya mendaftar di sekolah menengah di Sekolah Kebangsaan Menengah Keningau bagi sesi 2024/2025 dan dalam paparan mereka telah diagihkan ke kelas masing-masing. Terdapat seramai 39 murid telah mendapat tempat. Diucapkan tahniah dan syabas, teruskan kecemerlangan anda dan berusaha mencapai cita-cita yang murni. Diucapkan tahniah juga kepada ibubapa yang sangat memberikan sokongan padu kepada anak-anak dalam bidang pelajaran.

Kepada semua warga SK.Penagatan diucapkan tahniah berjaya mendidik mereka dan mejadikan murid sentiasa berjaya sepanjang di sekolah rendah. Justuru itu jasa guru usah dilupakan. Pastinya banyak lakaran kejayaan murid-murid sehingga ke peringkat kebangsaan. 

Teringat suatu masa dahulu, kesibukan menyekolahkan anak pada masa zaman saya tidak ada beza kesibukkannya. Perlukan pengorbanan, tenaga dan kewangan demi menjayakan anak-anak dalam bidang pelajaran hingga ke UNIVERSITI. 

Selamat menempuhi ke alam remaja dan selamat menempuhi alam persekolahan yang baru. Kekalkan disiplin yang baik dan jadilah butiran bintang yang sering bersinar, pasti kejayaan milik anda.


Tahniah Namit

Tahniah Akma

Tahniah Daniel Hakimi

Anda semua sentiasa dalam ingatan, Salam sayang sesama insan.

 

Majlis Apresiasi Dan Anugerah Kecemerlangan Sesi 2023 / 2024 SK. Penagatan, Keningau

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bertemu kembali dalam wall blog Template Mekar Pendidikan ini. Maaf atas kelewatan mencatat moment indah atau peristiwa manis dalam paparan blog ilmu ini. Semoga paparan kali ini memberi makna dan menjadikan anda seorang pembaca maya yang sukakan bahan bacaan dan pasti mendapat ilmu baru.

07.02.2024 bersamaan hari Rabu adalah tarikh gemilang persekolahan sesi 2023 / 2024 kerana tarikh ini merupakan jatuhnya satu peristiwa bersejarah bagi SK. Penagatan, Keningau , Sabah iaitu Majlis Apresiasi Dan Anugerah Kecemerlangan murid diadakan atau dijalankan dengan penih gemilang.

Majlis di rasmikan oleh oleh Tuan Emran Haji Madrus, Pegawai Cemerlang SiPartners Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, Sabah. Turut memberi ucapan ialah En. JOhny Bin Makajin, Guru Besar Sekolah dan En. Ismadi Bin Bachok merupakan YDP PIBG sekolah. 

Pelajar yang diraikan ialah pelajar tahun enam dari kelas 6 Bijak dan 6 Cerdik, murid Prasekolah dan semua murid yang mencapat kecemerlangan akademik dan anugerah khas seperti murid menjawat tugas Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Pembantu Ketua Kelas dan cemerlang penglibatan Ko-Kurikulum sesi 2023 /2024. Diucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah.

Dalam paparan di wall blog, disertai beberapa gambar penerima anugerah dari murid tahun enam dan gambar beberapa guru dan pegawai perasmi. Semoga sudi melihat gambar kenangan .




Pelajar Depan : Farisha Damia Binti Nor Salleh






Pelajar : Muhammad Rayyan Shafiee Bin Jenius