 |
| Tokoh Murid sepanjang tahun 2025 Farish Daneal Bin Haidun. |
 |
| Acara perlaksanaan Majlis Anugerah hari ini 18.12.2025 |
Majlis Anugerah Kecermerlangan Akademik & Garduasi Tahun 6 PraSekolah.
18.12.2025 bersamaan hari Khamis terlaksana lagi tahun ini dengan penuh gemilang Majlis Rasmi Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Tahun Enam serta PraSekolah di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, Sabah.
Majlis ini dirasmikan Oleh Encik Ismadi Bachok yang merupakan YDP Pibagu sekolah. Turut berucap ialah Penolong Kanan Kurikulum Encik Mohd Zahir Bin Baharom. Doa memberkati majlis ilmu ini diketuai oleh Ustaz Hairon Nazri dan juruacara ialah Cikgu Rissa dan Ustazah Safini.Majlis berlangsung dengan penuh ceria dan gemilang sekali dengan kehadiran ramai ibubapa memenuhi ruangan tempat duduk Dewan Terbuka.
Menerusi hari Anugerah ini, yang bertujuan memberi penghargaan kepada semua murid yang berjaya dalam akademik setiap kelas, memberi penghargaan kepada pelajar tahun 6 yang menjadi Cemerlang Akademik secara keseluruhan, memberi kan anugerah khas kepada Tokoh Murid 2025 dan penghargaan gemilang kepada murid yang diangkat sebagai Tokoh Sukan KoKurikulum tahun 2025.
Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya merebut kedudukan terbaik akademik iaitu Daffi Johairi, Tokoh Sahsiah Murid Terbaik iaitu Farish Daneal Haidun dan Tokoh KoKum ialah Mohd fauzan Shah Jadia. Anda boleh mengenali murid cemerlang ini melalui keterangan pada gambar yang disertakan.
 |
| Mohd Daffi ~ Terbaik Pelajaran Tahun 6 2025 |
 |
| Mohd Fauzan ~ Terbaik Sukan KOKUM 2025 |
 |
| Senyuman seorang Tokoh Murid sesi 2025 |
 |
| Gambar kenangan bersama Ustazah Mariyana Ahmad ( Guru Berpindah Seklah) |
 |
| Bergambar bersama murid tahun 6 dan guru mengajar tahun 6 2025 |
 |
| Pengurus Hadiah, Sijil danTropi Anugerah |
 |
| Mereka berlima selalu membantu dengan gigih apa juga persediaan Majlis Rasmi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan