Memaparkan catatan dengan label Infor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Infor. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Disember 2025

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid & Majlis Graduasi Tahun 6 & PraSekolah 2025.

Tokoh Murid sepanjang tahun 2025 Farish Daneal Bin Haidun.

Acara perlaksanaan Majlis Anugerah hari ini 18.12.2025

Majlis  Anugerah Kecermerlangan Akademik & Garduasi Tahun 6  PraSekolah.

18.12.2025 bersamaan hari Khamis terlaksana lagi tahun ini dengan penuh gemilang Majlis Rasmi Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Tahun Enam serta PraSekolah di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, Sabah.

Majlis ini dirasmikan Oleh Encik Ismadi Bachok yang merupakan YDP Pibagu sekolah. Turut berucap ialah Penolong Kanan Kurikulum Encik Mohd Zahir Bin Baharom. Doa memberkati majlis ilmu ini diketuai oleh Ustaz Hairon Nazri dan juruacara ialah Cikgu Rissa dan Ustazah Safini.Majlis berlangsung dengan penuh ceria dan gemilang sekali dengan kehadiran ramai ibubapa memenuhi ruangan tempat duduk Dewan Terbuka.

Menerusi hari Anugerah ini, yang bertujuan memberi penghargaan kepada semua murid yang berjaya dalam akademik setiap kelas, memberi penghargaan kepada pelajar tahun 6 yang menjadi Cemerlang Akademik secara keseluruhan, memberi kan anugerah khas kepada Tokoh Murid 2025 dan penghargaan gemilang kepada murid yang diangkat sebagai Tokoh Sukan KoKurikulum tahun 2025. 

Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya merebut kedudukan terbaik akademik iaitu Daffi Johairi, Tokoh Sahsiah Murid Terbaik iaitu Farish Daneal Haidun dan Tokoh KoKum ialah Mohd fauzan Shah Jadia. Anda boleh mengenali murid cemerlang ini melalui keterangan  pada gambar yang disertakan.





Mohd Daffi ~ Terbaik Pelajaran Tahun 6 2025

Mohd Fauzan ~ Terbaik Sukan KOKUM 2025
Senyuman seorang Tokoh Murid sesi 2025

Gambar kenangan bersama Ustazah Mariyana Ahmad ( Guru Berpindah Seklah)

Bergambar bersama murid tahun 6 dan guru mengajar tahun 6 2025


Pengurus Hadiah, Sijil danTropi Anugerah

Mereka berlima selalu membantu dengan gigih apa juga persediaan Majlis Rasmi.

Selasa, 25 November 2025

Tahniah 3 Murid SK.Penagatan, Keningau,Pecah Rekod NILAM AINS ONLINE 2025

Senarai nama murid online AIS NILAM 2025, seramai 22 orang.

Tahniah 3 Murid SK. Penagatan, Keningau Pecah Rekod Ains NiLAM Online.

25.11.2025 bersamaan hari Selasa jam 2.13 pagi rekod catatan di laman blog Mekar Pendidikan SK.Penagatan Mamabang telah kemaskini dengan catatan rekod terbaik 3 orang murid SK.Penagatan yang berjaya mendapat Bintang di Protal NILAM AINS Online 2025.

Tahniah dan syabas kepada murid terbaik Ains NILAM Online tahun 2025 iaitu:

1. Anis Nabila Binti Nasrul ( tahap 2) mencapai 2 Bintang dengan pencapaian rekod sebanyak 776 mata dengan rekod Buku Online sebanyak 290 rekod.

2. Abdul Rahman Bin Nasrul ( tahap 2) mencapai 1 bintang dengan pencapaian rekod 191 rekod dan mencapai mata terkumpul sebanyak 373 mata.

3.Afia Arinah Binti Nasrul ( Tahap 1) mencapai 1 bintang dengan pencapain rekod 147 dan mendapat 147 mata terkumpul.

Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha mereka ini tanpa jemu dan putus asa. Tahniah juga kepada 19 murid lain yang telah berjaya membuat rekod data bacaan buku secara online di portal AINS Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peratus data AIS Rekod NILAM Online sebanyak 862 diluluskan

Anis Nabila Binti Nasrul telah memecahkan rekod NILAM AINS
2025 dengan pencapaian 2 Bintang

Abdul Rahman dengan 1 bintang 373 mata terkumpul

Afia Arinah dengan 1 bintang pungutan mata 175

Khamis, 15 Februari 2024

Tahniah, Mara Ke Sekolah Menengah & Teruskan Usaha Mencapai Impian

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersua kembali dipagi indah ceria hari Khamis 15.02.2024. Satu peredaran masa yang kita tidak akan terkejar masa melainkan kita hanya teruskan apa juga rutin hidup. Dan paling WAJIB ialah mensyukuri apa juga rezeki yang diberi oleh sang pencipta.

Dalam whatssup group kampung mendapat khabar murid-murid tahun enam di SK.Penagatan, Keningau telah semua berjaya mendaftar di sekolah menengah di Sekolah Kebangsaan Menengah Keningau bagi sesi 2024/2025 dan dalam paparan mereka telah diagihkan ke kelas masing-masing. Terdapat seramai 39 murid telah mendapat tempat. Diucapkan tahniah dan syabas, teruskan kecemerlangan anda dan berusaha mencapai cita-cita yang murni. Diucapkan tahniah juga kepada ibubapa yang sangat memberikan sokongan padu kepada anak-anak dalam bidang pelajaran.

Kepada semua warga SK.Penagatan diucapkan tahniah berjaya mendidik mereka dan mejadikan murid sentiasa berjaya sepanjang di sekolah rendah. Justuru itu jasa guru usah dilupakan. Pastinya banyak lakaran kejayaan murid-murid sehingga ke peringkat kebangsaan. 

Teringat suatu masa dahulu, kesibukan menyekolahkan anak pada masa zaman saya tidak ada beza kesibukkannya. Perlukan pengorbanan, tenaga dan kewangan demi menjayakan anak-anak dalam bidang pelajaran hingga ke UNIVERSITI. 

Selamat menempuhi ke alam remaja dan selamat menempuhi alam persekolahan yang baru. Kekalkan disiplin yang baik dan jadilah butiran bintang yang sering bersinar, pasti kejayaan milik anda.


Tahniah Namit

Tahniah Akma

Tahniah Daniel Hakimi

Anda semua sentiasa dalam ingatan, Salam sayang sesama insan.

 

Khamis, 16 September 2021

PDPR MATA PELAJARAN SAINS SESI 2020

 PDPR MATA PELAJARAN SAINS SESI 2020

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..
SK.Penagatan, Mamabang

Seperti biasa,Guru Besar dan semua penolong Kanan terutamanya Penolong Kanan Kurikulum turut membuat pemantauan secara maya menerusi applikasi whatssup atau telegram mengenai Program PDPR ini berlangsung mengikut jadual guru=guru mata pelajaran masing-masing.

Tugasan yang semestinya dapat disiapkan ialah himpunan gambar murid yang sedang menjalani PDPR di rumah kediaman. Justru itu ada berbagai gambar yang diberikan oleh murid, di mana gambar tersebut membuktikan mereka akni murid-murid SK.Penagatan mengikuti kelas PDPR mengikut mata pelajaran dalam jadual. Antara gambar yang di tunjukkan adalah seperti gambar dalam paparan Tamplate Mekar Pendidikan Mamabang ini pada tahun 2020. Jom tengok.

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Hazlawati Azlan

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Siti Aminah Harun

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Hazlawati Azlan


Guru Mata Pelajaran : Cikgu Adevin @ Mohd Azali Aub

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Adevin @ Mohd Azali Ayub


Guru Mata Pelajaran : Cikgu Adevin @ Mohd Azali Ayub




Rabu, 15 September 2021

Pengenalan Tamplate Mekar Pendidikan Mamabang

 Pengenalan  Tamplate  Mekar Pendidikan Mamabang 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

PENCALONAN ANUGERAH KHAS  PDPR PGB 2020 PERINGKAT NEGERI SABAH 

https://forms.gle/ifNvCKbyygtbNZ687

Anugerah ini diberikan dalam MEKAR. Kriteria : PGB yg melaksanakan PdPR atau mengurus PdPR dengan baik dan berjaya. Contohnya PGB yang berjaya menguruskan PdPR di sekolah tanpa isu samada di kalangan ibu bapa atau guru. PGB dicalonkan adalah usaha yang mereka lakukan pada tahun lepas (2020). Sila sertakan penerangan ringkas usaha yang dilakukan serta gambar sebagai bukti usaha yang dilakukan.

Ustaz Norisam membacakan doa di majlis konvokesyen tahun 6
sebagai imbasan

Silat menyambut tamu ...persatuan seni silat pimpinan Ustaz Bukhary Satimin

Wow!! menarik sekali pemberitahuan ini. SK.Penagatan, Keningau, Sabah yang diterajui oleh Ketua Pentadbir iaitu En. Ramlee Bin Tiasin selaku Guru Besar serta di sokong penuh oleh barisan Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kokurikulum serta semua warga guru dan staf sokongan memberikan sokongan terhadap penyertaan ini. Hanya memerlukan kerjasama selain melipat gandakan usaha dalam menyediakan pelbagai dokumen sebagai sokongan kepada penyertaan ini. Di doakan semoga hasrat murni ini dapat dicapai.