Jumaat, 10 Disember 2021

Taklimat Khas Sesi Persediaan Persekolahan 2022

 Taklimat Khas Sesi Persediaan Persekolahan  2022

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat malam, bertemu lagi dalam paparan blog Mekar Pendidikan SK. Penagatan, Keningau. Kali ini laporan secara ringkas bergambar hasil dapatan dalam sesi Taklimat Khas Sesi Persediaan menjelang pembukaan sekolah pada Januari 2022.

Taklimat di pengerusikan oleh PK 1 En. Mohd Zahir Bin Baharom pada 10.12.2022  yang bertempat di Makmal ICT. Alhamdulillah kerana taklimat ini selesai dengan lancar hasil kerjasama kehadiran penuh oleh warga sekolah.

PK 1 Sedang mempengerusikan taklimat 

Guru Besar sekolah sedang memberikan taklimat
kepada semua guru.

Ingatan Mesra Kepada Semua Warga Guru SK.Penagatan, Keningau.

En. Karim Abdul Rahsid selaku Guru Besar sekolah serta Penolong Kanan 1 mengingatkan agar semua warga guru dapat membuat persediaan persekolahan menjelang tahun 2022. Beberapa perkara yang tekan oleh Guru Besar ialah:-

1. Aspek kehadiran pada awal pagi sebelum 7.20 minit pagi, semua warga guru telah berada di sekolah.
2.Mengemaskinikan Rancangan Pengajaran Harian dan disemak oleh pentadbir.
3.Kepada semua guru tahun 6, sila sempurnakan Kursus Semakan KSSR 2017 hingga 20.12.2021.
4.Menyediakan soalan secara sumatif atau formatif  sebagai Ujian PBD akhir tahun.
5. Mempastikan penilaian PBD telus dan perlu sediakan borang penjaminan TP yang telah diberi kepada murid.
6.Perbaiki kehadiran ke sekolah dan kehadiran mengajar di kelas. Sebolehnya hendaklah menepati masa dan elakkan terlambat jika tiada masalah yang serius.
7. Menyemak semula SKPMG2 agar dapat disahkan oleh Guru Besar.
8. Menceriakan bilik guru dan bilik - bilik khas.
9.CRK iaitu cuti rehat khas hendaklah di pohon dahulu baru di luluskan mengikut keperluan sebenar dan bukan sewenangnya mengambil CRK tersebut.

Doa disampaikan oleh Ustaz Norisam 

PK HEM En.Hendry Yamurong

Guru-guru yang hadir.

Suasana di Makmal ICT 
Guru-guru semua sudah bersedia
mendengar taklimat penting.

Informasi Terkini Pemulihan Khas 

Cikgu Moita Inggit, guru Pemulihan Khas sekolah memaklumkan bahawa usaha berterusan pada aspek seperti murid bermasalah pembelajaran dan kategori OKU diambil serius. 

Cikgu Moita memaklumkan akan memberi infor dari masa ke semasa tentang perkembangan murid di Pemulihan Khas.

Cg Moita juga memaklumkan ada kemajuan murid pemulihan kini  menguasa mengenal huruf dan membaca seperti murid di 1C bernama Christella Agustin, murid ini menunjukkan perkembangan yang baik katanya.

Perkara lain yang ditimbulkan

1.PKHem meminta guru tahun 6 membantu murid dan ibubapa bagi mengisi borang online permohonan ke sekolah kawalan atau ke tingkatan 1 tahun 2022.
2.Pakaian batik yang baru harus semua guru mengambil agar seragam dan gambar tidak timbul pakaian yang tidak sama.Urusan pakaian batik baru di amanahkan kepada Cg.Siti Aminah Harun.
3.Guru Perpustakaan & Media memohon agar di beri jadual ganti dalam kadar satu atau dua kali seminggu bagi mengganti guru yang mengambil cuti atau berkursus.
4.GPM meminta agar diberi teguran serta beri ingatan untuk mengurus PSS sekolah oleh pentadbir. GPM mengharap agar teguran itu nanti  dapat memberikan semangat yang berguna untuk terus menjadikan PSS tidak luntur kefungsiannya di sekolah,walaupun perkhidmatan PSS di hadkan buat masa kini akibat pendemik Covid-19.
5.Guru Besar memberi ingatan agar apa juga program yang hendak di buat di sekolah harus dibincangkan dahulu. Dan memberi nasihat agar bekerja mengikut daya dan kemampuan masing-masing.


Khamis, 14 Oktober 2021

PdPR Lancar Minggu Ini

PdPR Lancar Minggu Ini

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Uguu tii ertinya Terbaik

Salam Keluarga Malaysia, bertemu lagi dalam paparan maya di laman Web Mekar Pendidikan SK.Penagatan, Keningau, Sabah. Awal pagi bersiaran hari ini, bertujuan hendak memberiakan infor terkini PdPR yang masih berlangsung dalam Dunia Pendidikan di Malaysia amnya. PdPR dari 11/10 - 15/10/2021.

PdPR adalah pendekatan untuk menyampaikan pengajaran pembelajaran kepada semua murid akibat keadaan tidak bersemuka di sekolah, di mana-mana sekolah di Seluruh Negara Malaysia, ang berlangsung mengikut jadual di kediaman murid. Dan Perintah ini arahan Kementerian Pendidikan dan agenda kerajaan Malaysia sebagai mengekang penularan pendemik wabak Covid-19.

Lalu berbagai cara dilakukan oleh guru-guru dalam menyalurkan pengajaran secara maya ini. Terserah kreativiti guru hendak sampaikan dengan cara sendiri asal sahaja PdPR dapat dijalankan dengan lancar.

SK. Penagatan, Keningau biasanya akan memberikan arahan kepada murid dan kerjasama ibubapa untuk mengambil gambar ketika murid sedang atau selesai belajar secara PdPR di rumah. 

Menariknya guru-guru amat kometted dan bersungguh-sungguh saban hari menyiarkan gambar dalam group SK.Penagatan, dan didapati kreativiti murid dalam mengambil gambar amat terlihat menarik perhatian. Sebagai dokumentasi addmin siarkan atau kongsikan beberapa gambar dapatan addmin minggu ini mengenai PdPR yang berlangsung secara maya.

Syabas dan tahnia kepada warga pendidikan SK. Penagatan, Keningau, Sabah. Teruskan usaha. Semoga terus mengukir kejaaan demi kemanjadian murid.

BM Tahun 6 .Cikgu Dominic Gasan

Cikgu Hazlawati Azlan

Cikgu Mohd Tahir Dulamit


Cikgu Jerama Ak Reban

Cikgu Adevin & Mohd Azali


Cikgu Ahini haisin


Pendidikan Agama Islam

Pendidikan Agama Islam

Cikgu Rosdi Pongat







Jumaat, 17 September 2021

Inovasi Murid Sempena Bulan Kebangsaan 2021

Inovasi Murid Sempena Bulan Kebangsaan 2021


Saksikan video hasil dari inovasi murid SK Penagatan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Tahun 2021.

Sumber : Hasil Carian Google




Standing in the eyes - Ella (cover) by Rabiatul Iskandar

Standing in the eyes - Ella (cover) by Rabiatul Iskandar

SELAMAT HARI MALAYSIA 16.9.2021

Khamis, 16 September 2021

JENTERA PENTADBIRAN SK.PENAGATAN, KENINGAU, SABAH 2020

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Klik JADUAL KELAS  & JADUAL GURU

JENTERA PENTADBIRAN SK.PENAGATAN, KENINGAU, SABAH


GAMBAR INI TELAH DISEDIAKAN OLEH CIKGU DOMINIC GASAN






Bahasa Inggers Conner Oktober 2020

 Bahasa Inggers Conner Oktober 2020

Antara guru mata pelajaran Bahasa Inggeris yang terlibat ialah Cikgu Aloisia, Cg Jenny, Cg Jerama, Cikgu Tahir, Cikgu Siti Aminah.























PDPR MATA PELAJARAN SAINS SESI 2020

 PDPR MATA PELAJARAN SAINS SESI 2020

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..
SK.Penagatan, Mamabang

Seperti biasa,Guru Besar dan semua penolong Kanan terutamanya Penolong Kanan Kurikulum turut membuat pemantauan secara maya menerusi applikasi whatssup atau telegram mengenai Program PDPR ini berlangsung mengikut jadual guru=guru mata pelajaran masing-masing.

Tugasan yang semestinya dapat disiapkan ialah himpunan gambar murid yang sedang menjalani PDPR di rumah kediaman. Justru itu ada berbagai gambar yang diberikan oleh murid, di mana gambar tersebut membuktikan mereka akni murid-murid SK.Penagatan mengikuti kelas PDPR mengikut mata pelajaran dalam jadual. Antara gambar yang di tunjukkan adalah seperti gambar dalam paparan Tamplate Mekar Pendidikan Mamabang ini pada tahun 2020. Jom tengok.

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Hazlawati Azlan

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Siti Aminah Harun

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Hazlawati Azlan


Guru Mata Pelajaran : Cikgu Adevin @ Mohd Azali Aub

Guru Mata Pelajaran : Cikgu Adevin @ Mohd Azali Ayub


Guru Mata Pelajaran : Cikgu Adevin @ Mohd Azali Ayub




Rabu, 15 September 2021

Google Meet Sosial Maya

 Google Meet Sosial Maya


Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Google meet, adalah aplikasi sosial maya yang kini sedang giat digunakan oleh semua orang untuk menghubungi orang jauh atau digunakan untuk mesyuarat dan berbincang sesuatu perkara penting.

SK. Penagatan, Keningau, Sabah tidak ketinggalan mengunakan aplikasi ini dengan sebaik mungkin. Kekerapan menggunakan aplikasi Google Meet lebih kerap seawal tahun 2020, ekoran sekolah di tutup apabila Malaysia mulai terkesan dan merebak wabak corona Virus yang amat merisaukan seluruh masyarakat Dunia ini.

Dengan kepakaran guru ICT maka Guru Besar sekolah telah memainkan peranan agar medan sosial Google Maya ini dilakukan saat semua warga guru tidak dapat bersemuka dengan murid sekolah. Syabas dan tahniah kepada warga pendidikan SK. Penagatan atas usaha kerap mengadakan mesyuarat menggunakan applikasi google meet.

#BERSAMA KITA MEMERANGI COVID-19#
#KITA JAGA KITA, MALAYSIA PRIHATIN.




Cabaran PdPR Tahun 2020

Cabaran PdPR Tahun 2020 

Salam Sejahtera Semua. 

Inilah antara gambar-gambar situasi murid - murid SK.Penagatan Mamabang
melaksanakan tugasan cabaran PdPR di rumah yang telah berlaku pada tahun 2020.
Satu rekod tanpa di duga akibat pendemik Covid-19.

Ada banyak lagi gambar yang dihantar oleh murid-murid meliputi
murid tahap 1, tahap dan murid Prasekolah. Melihat gambar mereka
yang kelihatan begitu gigih belajar di rumah, maka terpanggil untuk
adakan dokumentasi seumpama TAMPLATE BLOG INI.


Seluruh warga SK. Penagatan, Keningau, Sabah mengucapkan syabas! tahniah kepada
semua guru, murid dan ibubapa kerana berjaya menjalankan tugas PDPR ini dengan 
jayanya tanpa ada rungutan yang berbaur negatif.


Kepada yang berkesempatan melayari TAMPLATE BLOG 
MEKAR PENDIDIKAN MAMABANG  ini sila kilik agar dapat mel;ihat 
banyak lagi gambar menarik murid SK.Penagatan berPDPR.




Pengenalan Tamplate Mekar Pendidikan Mamabang

 Pengenalan  Tamplate  Mekar Pendidikan Mamabang 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

PENCALONAN ANUGERAH KHAS  PDPR PGB 2020 PERINGKAT NEGERI SABAH 

https://forms.gle/ifNvCKbyygtbNZ687

Anugerah ini diberikan dalam MEKAR. Kriteria : PGB yg melaksanakan PdPR atau mengurus PdPR dengan baik dan berjaya. Contohnya PGB yang berjaya menguruskan PdPR di sekolah tanpa isu samada di kalangan ibu bapa atau guru. PGB dicalonkan adalah usaha yang mereka lakukan pada tahun lepas (2020). Sila sertakan penerangan ringkas usaha yang dilakukan serta gambar sebagai bukti usaha yang dilakukan.

Ustaz Norisam membacakan doa di majlis konvokesyen tahun 6
sebagai imbasan

Silat menyambut tamu ...persatuan seni silat pimpinan Ustaz Bukhary Satimin

Wow!! menarik sekali pemberitahuan ini. SK.Penagatan, Keningau, Sabah yang diterajui oleh Ketua Pentadbir iaitu En. Ramlee Bin Tiasin selaku Guru Besar serta di sokong penuh oleh barisan Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kokurikulum serta semua warga guru dan staf sokongan memberikan sokongan terhadap penyertaan ini. Hanya memerlukan kerjasama selain melipat gandakan usaha dalam menyediakan pelbagai dokumen sebagai sokongan kepada penyertaan ini. Di doakan semoga hasrat murni ini dapat dicapai.