Rabu, 23 Ogos 2023

Program Capsule Pencerapan Learning Walk

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terdapat berbagai program yang dilaksanakan di setiap sekolah, termasuk juga Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau.

Antara program yang telah dilancarkan ialah Program My Capsule yang telah dilancarkan oleh YDP PIBAGU baru-baru ini. Program ini mengambil masa yang agak lama sehingga berjaya dilaksanakan dengan mensasarkan penerapan ilmu kepada semua warga guru. Dimana semua guru dari berbagai mata pelajaran menjadikan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan adanya Capsule dalam bentuk motivasi, teknik berkesan, psikologi dan pedagogi guru dalam kelas sehingga megwujudkan keseronokan belajar dikalangan murid serta murid merasa terangsang mencelikkan minda mereka untuk menguasai pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Selain itu Program Capsule, menimbulkan situasi di mana guru memiliki daya atau kuasa menyampaikan PdP dengan penuh tanggungjawab. Guru juga akan mempastikan kawalan kelas lebih terkawal apabila guru menguasai dan memahami Capsule dalam pengajaran dan pembelajaran.

 
Gambar, kelihatan Pentadbir berbincang sebelum 
Pencerapan Learning Walk dilaksanakan.

Terbaru pihak pentadbir telah membuat dan melaksanakan tugas iaitu Pencerapan learning Walk. Team Learning Walk akan bergerak dari kelas ke kelas dengan cara mereka memantau perjalanan PdP di dalam kelas tanpa memberitahu guru, Dan team ini hanya berada di luar kelas, kelihatan mereka seperti berbual sesuatu perkara walhal mereka sebenarnya membuat penyeliaan secara jarak jauh. Dalam beberapa minit mereka memerhati suasana kelas ketikan PDP  dijalankan.


Aktiviti PdP Bahasa Inggeris sebagai pengisian 
Program Capsule .


PdP Bahasa Inggeris dilakukan oleh Cikgu Jenny Leong
di kelas 4 Bijak.
Syabas dan tahniah kepada Cikgu Jenny Leong.


 Catatan dan gambar oleh Etuza.

Sabtu, 12 Ogos 2023

Pelancaran Program My Capsule peringkat SK.Penagatan, Keningau, Sabah.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani

Alhamdulillah kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya pada 11/08/2023 bersamaan hari Jumaat tepat jam 9.45 minit pagi telah dijayakan pelancaran Program My Capsule peringkat Sekolah SK.Penagatan, Keningau, Sabah.

Program ilmu ini merupakan cetusan idea dari Puan Suzana Abas yang merupakan Pelatih NPQEL Aminudin Baki Kota Kinabalu, Sabah. dan didukung oleh Guru Besar sekolah dan barisan Penolong Kanan sekolah. Pegawai Perasmi yang dijemput untuk melancarkan program ini ialah En. Ismadi Bhacok merupakan YDP PIBG sekolah sesi 2023/2024.Pegawai perasmi, berharap agar Program My Capsule ini berjaya dijalankan di sekolah ini serta beliau berharap komuniti PIBG akan memberikan kerjasama untuk turut menjayakan program ini hingga mencapai matlamatnya.

Turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua warga sekolah pada hari ini ialah En. Abdul Karim bin Abdul Rahsid selaku Guru Besar Sekolah, Sk.Penagatan, Keningau. Sabah.

Gimik pelancaran telah diketuai oleh En. Mohd Azali dan dibantu oleh Pn. Moita, Pn. Haryati dan Pn. Ahini. Sedikit bayangan infor GIMIK PELANCARAN disisipkan VEDIO GIMIK dalam catatan wal Blog ini. Silakan klik. Bacaan doa diketua oleh Ustaz Afif.

Semua staff dan warga murid berhimpun di Dewan Terbuka Serbaguna sekolah untuk turut bersama menjayakan program hebat ini.



Objektif Program My Capsule ialah antaranya :-

1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam pelajaran.

2.Memberi peluang kepada guru dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar pandangan.

3. Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.

Mari kita saksikan beberapa gambar yang menjadi sejarah
sempena pertama kalinya Program My Capsule dilancarkan 
di sekolah ini.
















Gambar En. Ismadi bin Bahcok 
YG Dipertua PIBG Sekolah.

Catatan oleh Etuza
Gambar ihsan : Azali & Joyclin J