Rabu, 8 November 2023

Pentadbiran Dan AJK Program DLP Melawat Ke Tabika Perpaduan Sekitar SK.Penagatan, Keningau

Pentadbiran Dan AJK  Program DLP Melawat Ke Tabika Perpaduan Sekitar SK.Penagatan, Keningau pada 05/11/2023.

Salam Sejahtera semua.

Bertemu kembali dalam paparan wall blog ini. Kali ini menerusi satu program arahan PPD Daerah Keningau dan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sesebuah sekolah rendah terbaru hendaklah membuat satu program lawatan khusus ke setiap Tabika Perpaduan ke kampung sekitar yang telah mendapat kemudahan pendidikan awal kanak-kanak menerusi kelas Tabika Perpaduan.

SK.Penagatan telah menyahut cabaran ini apabila En. Abdul Karim Rahsid selaku Guru Besar dan barisan penolong kanan serta guru Prasekolah SK.Penagatan telah membuat lawatan ke Tabika Perpaduan pada minggu lalu bersamaan 05/11/2023 pada hari Jumaat.  Lawatan ini dijalankan seawal jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi dengan memulakan lawatan ke Tabika Perpaduan di Kampung Penagatan Ulu dan di Kampung Kindasan, Keningau.

    PK Hem En. Hendry Y memberi ucapan

Menerusi gambar kiriman Cikgu Siti Aminah, sebagai guru kelas 1 Bijak dan menupakan Ketua Penyelaras kelas DLP di SK.Penagatan, Keningau, kelihatan antara yang turut hadir membuat lawatan ke Tabika Perpaduan pada dua buah kelas Tabika Perpaduan ialah YDP PIBAGU sekolah iaitu EN. Ismadi bin Bachok ( Yang berbaju Selanggor warna kuning) PK 1 Mohd Zahir, PK Hem EN. Handery Y, PK Kokum En. Syukur, Cikgu Jerama Guru BI dan Cikgu Norsuadah Wasimin guru Prasekolah.

Kelihatan dalam gambar lawatan ini mendapat sambutan terbaik dari pengurusan Tabika Perpaduan. Ucapan penjelasan hal lawatan, penerangan tentang kelas khas DLP dan penyampaian hadiah oleh Guru Besar turut dilangsungkan. 

Antara tujuan utama lawatan ini ialah, sekolah khasnya SK.Penagatan mengharapkan agar Tabika Perpaduan akan melahirkan calon murid ke kelas DLP atau di kelas tahun 1 dengan lebih awal dan sekurang-kurangnya murid dari Tabika Perpaduan telah tahu membaca dan menulis secara asas. Justeru keadaan murid telah sedia mengenal huruf mengenal nombor dan terdapat asas membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pasti memudahan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 1 pada tahun 2024.

Diucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan pentadbiran SK.Penagatan, Keningau. Iltizam dan sepakat memajukan pendidikan yang terbaik kepada generasi muda.

Untuk melihat beberapa gambar sila anda
klik hingga ke bawah. Semoga bermanfaat.











 

Rabu, 1 November 2023

Majlis Persaraan Perkhidmatan Puan Moitah Inggit Pada 01.11.2023

 Majlis Persaraan Puan Moitah Inggit Pada 01/11/2023

Asalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani, kepada semua pembaca maya yang dikasihi. Bertemu lagi di ruang udara maya ini. Di mana kita umpama berbicara tanpa bersua muka, tetapi ada bicara yang ditatap sebagai infor dan pastinya infor tersebut mempunyai manfaat, menghibur dan memberi rasa gembira sekalipun kita bukan mengenali sesama.

Kepada yang berada dekat di lingkungan daerah kelahiran khasnya di Sabah, diucapkan selamat membaca dan penulis gembira anda berkelapangan membaca serta melihat wall blog ini untuk seketika cuma. Kali ini blog ini mencetuskan cerita di Majlis Persaraan Perkhidmatan Puan Moitah Inggit sebagai seorang guru pemulihan khas di SK. Penagatan, Keningau, Sabah.

Gambar Cikgu Moitah ketika sedang berucap.

Tarikh hari ini 01.11.2023 merupakan detik indah, gembira berbaur sedih kepada Cikgu ini. Apa tidaknya, hari ini hari tibanya persaraan Cikgu Moitah selaku guru pemulihan yang banyak menabur bakti kepada ramai murid di sekolah ini. Dalam ucapan guru bersara ini, lebih kurang 7 tahun bertagus di sekolah ini, beliau merasakan keakraban yang sungguh hebat antara kakitangan guru lain dan kemesraan terjalin antara guru dan murid, apabila saling menghargai, saling membantu antara satu sama lain.

Sejarah perkhidmatan guru bersara ini bermula pada 01.11.1988 hingga pada hari ini bersamaan 01.11.2023. Pengalaman sebagai guru pemulihan amat banyak apabila ramai murid dari tidak kenal ABC tulis dan baca akhirnya masuk ke kelas perdana dan mampu memberi saingan kemajuan dalam bidang akademik dengan murid yang terbaik dalam kelas perdana. Kerana ini lah yang menjadikan guru bersara ini amat disayang oleh semua murid dan disayangi oleh warga ibubapa. Jelas di hadapan stand berucap Cikgu Moitah menangis menitiskan airmata apabila melihat ramai murid yang turut menitiskan airmata mendengar ucapan dan nasihat dari Cikgu Moitah. Tangisan yang bermaksud murid tidak sanggup berpisah dengan guru pemulihan ini.

Guru Besar 
En. Abdul Karim turut memberikan ucapan 
khusus kepada guru bersara.

Guru Besar, dalam ucapan nya menyatakan bahawa Pn. Moitah I memilih untuk bersara pilihan dalam usia menjelang 56 tahun katanya.  Guru pemulihan ini, katanya seorang guru pemulihan yang sentiasa bersabar dengan karekter murid yang berbilang sikap dan latar belakang, telah ramai yang berjaya hasil asuhan dan kebijakan cikgu Moitah memulihkan murid agar cepat mengenal huruf. Guru Besar akhirnya berharap agar Pn. Moitah Inggit nanti meneruskan kehidupan sebagai seorang pesara guru yang sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga yang tersayang.

Guru  Besar berharap agar guru pemulihan baru yang bakal ke sekolah  menggantikan Cikgu Moitah nanti dapat berkhidmat dengan baik dan bertanggungjawab. 

Manakala YDP PIBG pula berkata,tugas guru sesungguhnya amat mulia dan mampu mencelikkan sesorang dari ZERO TO HERO apabila pelajar tersebut menjadi orang yang berguna hingga memegang tugas tinggi dalam sektor perkhidmatan seperti doktor, polis dan sebagainya. Semuanya berkait dengan peranan seorang guru.  Bagi YDP PIBG iaitu En. Ismadi bin Bachok, beliau amat menghormati dan menghargai guru kerana dengan  adanya guru beliau kini berpendidikan tinggi dan pernah mendapat anugerah terbaik dalam bidang akademik suatu masa dahulu hasil ajaran dan asuhan seorang guru. Selamat bersara cikgu dan terima kasih cikgu katanya, kepada Puan Moitah. 

Turut memberi ucapan ialah
En. Isamadi Bachok YDP Pengerusi PIBG sesi 23/24

Pn. Moita bersama suami diarak menuju ke hadapan 
dan dibawa duduk di singgah sana.

Gambar Kenangan Cikgu Josey dan team 
pengurusan Majlis Persaraan Cikgu Moitah I

Sesebuah majlis tidak akan terlaksana bila tiada yang merancang dan mengurus pelbagai tindakan. Antara guru yang paling sibuk mengurus Majlis Persaraan ini ialah guru yang di gambar di atas iaitu antaranya Cikgu Josey Anatarius, Cg Mohd Syukur, Cikgu Siti Kaidah dan Cikgu Nasrul Hakim. Kerjasama semua AJK akhirnya menjadikan majlis ini lancar dan berjaya dilaksanakan sesuai dengan harapan dan impian pada tarikh dilaksanakan. 

Teruskan usaha murni dan teruskan perjuangan kepada guru atau kakitangan yang masih berkhidmat hingga kini. Jasamu selalu diperlukan dan kepada Cikgu Moitah, SELAMAT BERSARA DAN TERUSKAN KEHIDUPAN SEBAGAI PESARA YANG TELAH BANYAK BERJASA MENABUR BAKTI. Kepada AJK pengurusan yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Syukur, tahniah dan teruskan usaha murni ini.

Detik akhir Punch Card kehadiran berkhidmat 



Pn. Moitah menerima cenderahati dari pihak
sekolah dan hadiah dari PIBG sekolah.

Tarian mengiringi Pesara hingga ke dalam dewan terbuka.

Penari tarian kebudayaan rakyat Sabah.

Paluan gong alat muzik tradisional Sabah,

Komuniti Ibubapa yang dijemput hadir

Murid menitiskan airmata di hari perpisahan, 


Pn. Moita bergambaqr bersama murid 1B dan 1C

Turut abadikan kenangan ialah guru pelatih
dari Kampus Pendidikan di IPGM cawangan Keningau.

Turut abadikan kenangan bersama dengan Ustaz Hairon.