Jumaat, 26 Ogos 2022

Program Membaca Teks Sejarah Tahap 1. Menarik Mendapat Sambutan Hangat

Asalamualaikum & salam sejahtera semua. 
Bertemu kembali dalam ruangan blog Template Mekar Pendidikan SK.Penagatan Mamabang. Nampak tak wajah baru,header baru.Menarik dan rasa nak tambahkan ilmu perkongsian di laman ini.
Pentas Mini di Pusat Sumber Sekolah
Teman semua,khasnya semua warga sekolah ini, terbaru di sekolah diadakan banyak program menarik semuanya untuk murid sekolah.Semua bertujuan yang baik menjurus mencorak disiplin murid agar lebih baik dari semalam.
Program ini ialah PERTANDINGAN MEMBACA TEKS SEJARAH ringkas khusus murid tahap 1.Murid tersebut ialah murid tahun 1,2dan murid tahun 3.Terdapat 19 murid berjaya mendaftar pertandingan ini.Cuma syarat untuk menyertai ialah mestilah murid yang tahun ini baru mulai lancar membaca. Murid yang sejak dari tahun 1 sudah lancar membaca tidak diterima.Ini disebabkan untuk melahirkan rasa seronok membaca di kalangan murid tahap 1 yang dikesan baru sahaja mulai lancar membaca. Selain untuk membentuk disiplin murid agar sentiasa mengisi masa terluang dengan membaca.Mendedahkan kepada murid ini betapa seronoknya kini mereka pandai membaca dan akan menikmati berbagai ilmu pengetahuan dengan membaca. 
Begitulah huraian ringkas tentang program Pertandingan Membaca Teks Sejarah Ringkas pada 26.08.2022 bersamaan hari Jumaat yang di adakan di Pusat Sumber Sekolah.Penyelaras program ini ialah En.Mohd Azali, manakala hakim atau pengadil pertandingan membaca lancar ini ialah En.Rosdi, Pn.Siti Aminah,En.Handeri dan En.Dominic Gasan.
Syabas dan tahniah kepada yang menang dalam pertandingan ini.Murid yang kurang bernasib baik diucapkan juga tahnia dan semoga tidak berputus asa.Cuba lagi di masa akan datang.