Sabtu, 7 Oktober 2023

Meriah Penuh Warna Warni Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2023

 Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera.


“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
Merupakan tema Bulan Kebangsaan pada tahun 2023

Menghiasi Pentas Busana Pakaian Merdeka 
anjuran Panitia RBT yang diketuai oleh Cikgu Siti Aminah Harun.

Terpegun dengan berbagai persembahan pertandingan. Kelihatan
sengit dan bersaing sesama sendiri.

Gabungan 3 pengacara Majlis Bulan Kebangsaan


Meriah dengan pakaian atau Busana Merdeka.

Memang meriah sekali, sambutan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah pada 15 Sepetember 2023 bersamaan hari Jumaat. Penuh warna warni dan sangat seronok melihat kemeriahan ini. Terserlah kehangatan dan keharmonian serta saling bekerjasama tanpa mengira kaum dan adat masing-masing, warga sekolah dan komuniti datang memeriahkan majlis gemilang ini.

Pegawai pelancaran penutupan Bulan Kebangsaan hari ini ialah En. Ismadi Bachok merupakan YDP PIBGU sekolah sesi 2023/2024. Di dahului dengan bacaan doa pemula majlis oleh Ustaz Afif, diikuti ucapan oleh PK 1 EN. Mohd Zahir Baharom dan kemudian uacapan serta merasmikan penutpan Bulan Kebangsaan oleh YDP PIBGU.

Barisan Jemputan khas bersama Ibubapa

YDP PIBGU sekolah diberikan Cenderahati, disampaikan oleh Guru Besar 

Acara yang dinanti kan oleh murid dan ibubapa ialah, acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang setiap acara. Pastinya keputusan pertandingan Busana Pakaian Merdeka tahun 2023 adalah yang sangat dinantikan. Pertandingan merangkum beberapa bahagian iaitu Busana Staf guru lelaki dan wanita, busana pembersihan atau pekebun, busana merdeka Prasekolah dan Busana Tahap 1 dan Tahap 2. 

Gambar berikut adalah beberapa gambar keputusan yang telah diadili.

Johan Busana Perempuan Tahap 2

Johan Busana Terbaik Lelaki tahap 2

Johan Busana Merdeka tahap 1

Anugerah khas kepada Cikgu Piah 
pendukung utama kelancaran semua acara dan selaku guru Sejarah
tahun 6

Johan Busana wanita dikalangan guru wanita.Cikgu Moitah Inggit

Salah seorang pemenang Nurul Aliysah Syazriana Jaafar.

Diucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang setiap acara. Semoga usaha murni seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Majlis seumpama ini pasti dapat memberikan kesan positif dikalangan muid agar mereka mengambil bahagian dan membanggai tanah Malaysia yang kita duduki masa kini. Salam Malaysia MADANI.

Sila  klik link VEDIO berdurasi 5 minit di bawah. Terima kasih.

https://drive.google.com/file/d/1karGDbSAaFFbxMCeC-4dAmhdHPgESYvD/view?usp=drivesdk

atau klik 

https://drive.google.com/file/d/1karGDbSAaFFbxMCeC-4dAmhdHPgESYvD/view?usp=drivesdk

1 ulasan:

  1. https://drive.google.com/file/d/1karGDbSAaFFbxMCeC-4dAmhdHPgESYvD/view?usp=drivesdk

    BalasPadam