Ahad, 15 Oktober 2023

Panitia Bahasa Inggeris Perkongsian My Capsul Pada 22/09/2023

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.
" SK. Penagatan Mamabang "

Panitia Bahasa Inggeris telah mendahului membuat program setiap  pagi pada setiap awal pagi sekali dalam seminggu. Panitia akan membuat satu perkongsian ringkas yang menjurus kepada aktiviti pelibatan murid dan staf guru di sekolah.

Sebelum membuat program di pentas, semua AJK Panitia BI perlu membuat perbincangan tentang apakah aktiviti yang akan dilakukan oleh murid sekolah dihadapan murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Aktiviti ini hanya memerlukan 5 hingga 7 minit untuk dilaksanakan dengan jayanya. Justeru pengurusan masa amat dititik beratkan.


Diucapkan tahnia kepada semua Panitia BI dan staf guru serta semua murid yang menjayakannya pada 22/09/2023. Semua panitia sebenarnya dikehendaki melakukan aktiviti seumpama ini sebagai mendukung dan menyahut cabaran Program My Capsule yang telah dilancarkan di SK. Penagatan beberapa hari yang lalu. Selepas Panitia BI makan giliran Panitia Muzik akan mengambil alih aktiviti pengisian ini pada minggu berikutnya. Dan pastinya tindakan Ketua Panitia sekali lagi diperlukan untuk membuat dokumentasi dan pengemaskinian My Capsul dan fail Panitia BI.

Pn. Aloisia memberi tunjuk ajar kepada dua 
murid tahun 6 Bijak mengendalikan aktiviti ini.

Beberapa gambar dikongsikan pada masa aktiviti My Capsul Panitia BI yang diketuai oleh Puan Aloisia Martianus. Gambar vedio dan gambar pemberian hadiah juga disertakan sebagai bukti pengendalian program yang menarik ini.




 
Klik Vedio ini.





Asfa Azizi Bin Faizal salah seorang penerima hadiah.
Katanya seronok mendapat hadiah dari Panitia BI.

Disediakan okleh Etuza.


6 Guru Terawal Membuat Perkongsian Inovasi PdP Menerusi Mini Kolokium Peringkat Sekolah

Asalamualaikum dan salam Malaysia Madani.
"Salam SK.Penagatan Mamabang"

Syukur kepada Allah, program Mini Kolokium Inovasi dan Amalan Baik Program Capsul Peringkat SK.Penagatan, Keningau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini telah menyenaraikan enam guru terawal sasaran untuk membuat perkongsian tentang Amalan Terbaik dalam pdp di sekolah ini.Pembentang terawal telah menawarkan diri dan amat positif dalam program yg menarik iaitu Program My Capsule. Idea ini telah di cetuskan oleh PK 1 iaitu En.Zahir Baharum dan mendapat kerjasama dari Majlis Guru Besar dan  di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.


Pembentang harus membuat perkongsian dan perlu membentang Inovasi Amalan terbaik dalam kawalan masa hingga 7 minit sahaja. Perkongaian hendaklah berkisar mengenai amalan terbaik pembentang di dalam pdp sahaja mengikut kreativiti sendiri. Program ini telah dihadiri oleh beberapa Guru Besar dari sekolah lain, pegawai SiS Plus dari PPD Keningau,dua orang guru pelatih IPGM dan semua staf dari sekolah ini.

Guru Besar sekolah bersama tetamu dari SK. Ambual 
dan dari Pegawai SIS Plus dari PPD Keningau.
 


Antara pembentang awal yang mendaftar dari SK.Penagatan ialah En. Adevin, Pn Ahini, En. Dominic, Pn Norsuadah dan Pn. Moitah. Mereka telah membuat pembentangan dan perkongsian dengan baik dan mendapat perhatian. Apa yang menarik ialah tanpa disedari pembentang ini sebenarnya telah dijuri oleh SIS Plus dari PPD Keningau. Tahniah kepada penganjuran Mini Kolokium ini. Semoga suata masa akan berterusan dan menampilkan pembentang yan g lain dengan Inovasi mereka yang lagi mantap. 

Salah seorang pembentang dari SK,Ambual turut
diberi peluang membentangkan Inovasinya.
Syabas Tahniah Puan Clerice.

Acara penyampaian Sijil kepada semua peserta yang datang 
mengambil bahagian. Sijil ini telah ditandatangani oleh
Pegawai PPD Daerah Keningau.

Abadikan kenangan kepada beberapa peserta Mini 
Kolokium Peringkat SK. Penagatan Keningau.
Syabas dan tahniah semua. Jumpa lagi.

Dokimentasi ini : Oleh Etuza.

Sabtu, 7 Oktober 2023

Meriah Penuh Warna Warni Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2023

 Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera.


“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
Merupakan tema Bulan Kebangsaan pada tahun 2023

Menghiasi Pentas Busana Pakaian Merdeka 
anjuran Panitia RBT yang diketuai oleh Cikgu Siti Aminah Harun.

Terpegun dengan berbagai persembahan pertandingan. Kelihatan
sengit dan bersaing sesama sendiri.

Gabungan 3 pengacara Majlis Bulan Kebangsaan


Meriah dengan pakaian atau Busana Merdeka.

Memang meriah sekali, sambutan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah pada 15 Sepetember 2023 bersamaan hari Jumaat. Penuh warna warni dan sangat seronok melihat kemeriahan ini. Terserlah kehangatan dan keharmonian serta saling bekerjasama tanpa mengira kaum dan adat masing-masing, warga sekolah dan komuniti datang memeriahkan majlis gemilang ini.

Pegawai pelancaran penutupan Bulan Kebangsaan hari ini ialah En. Ismadi Bachok merupakan YDP PIBGU sekolah sesi 2023/2024. Di dahului dengan bacaan doa pemula majlis oleh Ustaz Afif, diikuti ucapan oleh PK 1 EN. Mohd Zahir Baharom dan kemudian uacapan serta merasmikan penutpan Bulan Kebangsaan oleh YDP PIBGU.

Barisan Jemputan khas bersama Ibubapa

YDP PIBGU sekolah diberikan Cenderahati, disampaikan oleh Guru Besar 

Acara yang dinanti kan oleh murid dan ibubapa ialah, acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang setiap acara. Pastinya keputusan pertandingan Busana Pakaian Merdeka tahun 2023 adalah yang sangat dinantikan. Pertandingan merangkum beberapa bahagian iaitu Busana Staf guru lelaki dan wanita, busana pembersihan atau pekebun, busana merdeka Prasekolah dan Busana Tahap 1 dan Tahap 2. 

Gambar berikut adalah beberapa gambar keputusan yang telah diadili.

Johan Busana Perempuan Tahap 2

Johan Busana Terbaik Lelaki tahap 2

Johan Busana Merdeka tahap 1

Anugerah khas kepada Cikgu Piah 
pendukung utama kelancaran semua acara dan selaku guru Sejarah
tahun 6

Johan Busana wanita dikalangan guru wanita.Cikgu Moitah Inggit

Salah seorang pemenang Nurul Aliysah Syazriana Jaafar.

Diucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang setiap acara. Semoga usaha murni seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Majlis seumpama ini pasti dapat memberikan kesan positif dikalangan muid agar mereka mengambil bahagian dan membanggai tanah Malaysia yang kita duduki masa kini. Salam Malaysia MADANI.

Sila  klik link VEDIO berdurasi 5 minit di bawah. Terima kasih.

https://drive.google.com/file/d/1karGDbSAaFFbxMCeC-4dAmhdHPgESYvD/view?usp=drivesdk

atau klik 

https://drive.google.com/file/d/1karGDbSAaFFbxMCeC-4dAmhdHPgESYvD/view?usp=drivesdk

Jumaat, 6 Oktober 2023

Imbasan Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2023

 Imbasan Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2023

Asalamualaikum dan salam sejahtera, salam Malaysia Madani. 

Semoga pertemuan alam maya ini membawa banyak manfaat kepada pengunjung blog Template Mekar Pendidikan ini. Andainya ada warga pendidik atau komuniti yang terpanggil membaca paparan di laman ini, alangkan baik dan bersyukur kerana dengan membaca di laman ini individu tersebut telah mengetahui sedikit sebanyak perkembangan dan mendapat dokumentasi yang menyeronokkan. 

Dua orang murid membantu melaksanakan GIMIK
pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah.


Ini lah YUSUF dan Nurul Aliysah Syzriana

Pada tahun ini 2023, Panitia Sejarah sekali lagi diberi kepercayaan untuk memikirkan perancangan pengisian program dan aktiviti bermula Ogos hingga 16 September 2023. Dan pastinya Ketua Panitia Sejarah akan menghubungi semua guru mata pelajaran Sejarah untuk membincangkan hal ini. Terdahulu sebagai pengisian diawal Ogos 2023, satu aktiviti yang menarik ialah diadakan GIMIK pelancaran Bulan Kemerdekaan. Dengan idea yang tercetus dari Ketua Panitia Sejarah makan terhasilah satu GIMIK Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang simple tetapi sangat menarik perhatian warga sekolah sama ada di kalangan staff dan masyarakat murid sekolah ini.

 
Kotak berisi 3 helai Bendera dan  satu bendera tersebut
adalah Jalur Gemilang.


Antara warga guru yang hadir dalam acara Gimik 
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan di hadapan 
adal ratusan murid SK.Penagatan.

Guru Besar sekolah iaitu En. Abdul Karim bin Makajin telah melakukan GIMIK pelancaran ini dan di iringi oleh guru PK 1, PK HEM dan PK KOKUM. Untuk lebih menarik dan memahami salingan imbasan GIMIK Pelancaran Bulan Kebangsaan tahun 3023, sudilah untuk klik VEDIO Ringkas yang disertakan dalam wall blog ini.






Tanpa menggunakan masa yang banyak maka GIMIK ini telah selesai sekitar 40 minit sahaja. Apa yang dapat disimpulkan dalam GIMIK pelancaran Bulan Kebangsaan ini ialah, simbolik dari GIMIK yang bermaksud, negera kita Malaysia aman dan damai, serta memerlukan kepimpinan pemerintah yang bijak dan menghargai rakyat jelata. Rakyat Malaysia juga harus bangga pada Jalur Gemilang Malaysia yang menjadi lambang kemegahan masyarakat Malaysia. 

Sepanjang melaksanakan Bulan Kebangsaan ini, berdasarkan mesyuarat yang telah diadakan maka, akan diadakan berbagai aktiviti menarik seperti :-

* Pertandingan lagu patriotik tahap 1&2 anjuran Panitia Muzik
* Pertandingan Senam Aerobik Berirama Merdeka anjuran Panitia PJK
* Perarakan Merdeka anjuran Panitia BKD dan Panitia MOral
* Kuiz terbuka tahap 1 & 2 bertemakan Sejarah anjuran Panitia Sejarah.
* Pertandinagan Busana Merdeka kepada semua STAFF, warga murid           anjuran RBT dan PSV.

Kepada semua ajk yang telah menjayakan GIMIK Pelancaran Bulan Kebangsaan kali ini diucapkan terima kasih banyak-banyak, semoga ditahun hadapan akan bersua lagi dalam kemeriahan Bulan Kebangsaaan yang julung kalinya diadakan di sekolah ini.




Acara kemuncak dalam program GIMIK Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 ialah penyampaian cenderahati kepada barisan pentadbir.

Guru Besar Sekolah 

Penolong Kanan 1

Penolong Kanan HEM

Himpunan beberapa gambar melibatkan murud sekolah



Jumpa lagi dilain cerita