Khamis, 15 Februari 2024

Tahniah, Mara Ke Sekolah Menengah & Teruskan Usaha Mencapai Impian

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersua kembali dipagi indah ceria hari Khamis 15.02.2024. Satu peredaran masa yang kita tidak akan terkejar masa melainkan kita hanya teruskan apa juga rutin hidup. Dan paling WAJIB ialah mensyukuri apa juga rezeki yang diberi oleh sang pencipta.

Dalam whatssup group kampung mendapat khabar murid-murid tahun enam di SK.Penagatan, Keningau telah semua berjaya mendaftar di sekolah menengah di Sekolah Kebangsaan Menengah Keningau bagi sesi 2024/2025 dan dalam paparan mereka telah diagihkan ke kelas masing-masing. Terdapat seramai 39 murid telah mendapat tempat. Diucapkan tahniah dan syabas, teruskan kecemerlangan anda dan berusaha mencapai cita-cita yang murni. Diucapkan tahniah juga kepada ibubapa yang sangat memberikan sokongan padu kepada anak-anak dalam bidang pelajaran.

Kepada semua warga SK.Penagatan diucapkan tahniah berjaya mendidik mereka dan mejadikan murid sentiasa berjaya sepanjang di sekolah rendah. Justuru itu jasa guru usah dilupakan. Pastinya banyak lakaran kejayaan murid-murid sehingga ke peringkat kebangsaan. 

Teringat suatu masa dahulu, kesibukan menyekolahkan anak pada masa zaman saya tidak ada beza kesibukkannya. Perlukan pengorbanan, tenaga dan kewangan demi menjayakan anak-anak dalam bidang pelajaran hingga ke UNIVERSITI. 

Selamat menempuhi ke alam remaja dan selamat menempuhi alam persekolahan yang baru. Kekalkan disiplin yang baik dan jadilah butiran bintang yang sering bersinar, pasti kejayaan milik anda.


Tahniah Namit

Tahniah Akma

Tahniah Daniel Hakimi

Anda semua sentiasa dalam ingatan, Salam sayang sesama insan.

 

2 ulasan:

  1. Tahniah! Selamat datang ke sek menengah ye. tp sir kie ajar form 4 n 5 sahaja. lambat lg la boleh jumpa.

    BalasPadam
  2. Meneruskan misi persekolahan menengah, lepas ni tak jumpa lagi mereka ni, kecuali mereka datang ke tempat sekolah rendah mereka...

    BalasPadam