Lumrah Hidup Tiap Pertemuan Ada Perpisahan.
Malam 19.12.2025 bersamaan hari Jumaat, diadakan majlis makan malam dan majlis perpisahan dengan Ustazah Mariyana Ahmad yang berpindah ke sekolah lain dan sekolah tersebut di Daerah lain, Daerah yang lebih dekat dengan kampung halaman kelahiran suaminya di Kota Belud Sabah. Begitulah hakikat apabila bergelar Isteri, kemana suami maka akan mengikut isteri disamping suami, Namun berlaku juga situasi suami isteri saling berjauhan demi tugas.
Jasamu Di Kenang Selalu.
Lumrah kehidupan ini, ada pertemuan pasti adanya perpisahan. Datang dan kemudian pergi meninggalkan kenangan indah dan pasti jasa yang ditabur menjadi ingat-ingatan sepanjang bersama. Banyak lakaran kenangan bersama di tempat bertugas yang sama.
Semoga Ustazah Mariyana dan keluarganya sentiasa dilindungi Allah, sentiasa sihat dan bahagia di tempat baru dan di Daerah yang dekat dengan kampung halaman di Kota Belud, Sabah.Sebagai pendidik, bertugas di tempat lain hanya tujuan yang sama menabur bakti dan sumbangsi ilmu kepada murid sekolah ( generasi baru ) selagi berdaya diusia muda.
Mohon maaf andai pernah mengguris hati, bak kata pepatah ambil yang jernih buang yang keruh. Selamat bercuti mulai 20.12.2025 kepada warga dan staff sekolah. Jaga keselamatan, jaga diri dan semoga sentiasa ceria.Aamiin. Kembali bertugas pada 12.01.2026.
| Kenangan bersama Ustazah Mariyana Ahmad. |
| Bertempat di Hotel Juta |
