Jumaat, 6 Oktober 2023

Imbasan Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2023

 Imbasan Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2023

Asalamualaikum dan salam sejahtera, salam Malaysia Madani. 

Semoga pertemuan alam maya ini membawa banyak manfaat kepada pengunjung blog Template Mekar Pendidikan ini. Andainya ada warga pendidik atau komuniti yang terpanggil membaca paparan di laman ini, alangkan baik dan bersyukur kerana dengan membaca di laman ini individu tersebut telah mengetahui sedikit sebanyak perkembangan dan mendapat dokumentasi yang menyeronokkan. 

Dua orang murid membantu melaksanakan GIMIK
pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah.


Ini lah YUSUF dan Nurul Aliysah Syzriana

Pada tahun ini 2023, Panitia Sejarah sekali lagi diberi kepercayaan untuk memikirkan perancangan pengisian program dan aktiviti bermula Ogos hingga 16 September 2023. Dan pastinya Ketua Panitia Sejarah akan menghubungi semua guru mata pelajaran Sejarah untuk membincangkan hal ini. Terdahulu sebagai pengisian diawal Ogos 2023, satu aktiviti yang menarik ialah diadakan GIMIK pelancaran Bulan Kemerdekaan. Dengan idea yang tercetus dari Ketua Panitia Sejarah makan terhasilah satu GIMIK Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang simple tetapi sangat menarik perhatian warga sekolah sama ada di kalangan staff dan masyarakat murid sekolah ini.

 
Kotak berisi 3 helai Bendera dan  satu bendera tersebut
adalah Jalur Gemilang.


Antara warga guru yang hadir dalam acara Gimik 
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan di hadapan 
adal ratusan murid SK.Penagatan.

Guru Besar sekolah iaitu En. Abdul Karim bin Makajin telah melakukan GIMIK pelancaran ini dan di iringi oleh guru PK 1, PK HEM dan PK KOKUM. Untuk lebih menarik dan memahami salingan imbasan GIMIK Pelancaran Bulan Kebangsaan tahun 3023, sudilah untuk klik VEDIO Ringkas yang disertakan dalam wall blog ini.






Tanpa menggunakan masa yang banyak maka GIMIK ini telah selesai sekitar 40 minit sahaja. Apa yang dapat disimpulkan dalam GIMIK pelancaran Bulan Kebangsaan ini ialah, simbolik dari GIMIK yang bermaksud, negera kita Malaysia aman dan damai, serta memerlukan kepimpinan pemerintah yang bijak dan menghargai rakyat jelata. Rakyat Malaysia juga harus bangga pada Jalur Gemilang Malaysia yang menjadi lambang kemegahan masyarakat Malaysia. 

Sepanjang melaksanakan Bulan Kebangsaan ini, berdasarkan mesyuarat yang telah diadakan maka, akan diadakan berbagai aktiviti menarik seperti :-

* Pertandingan lagu patriotik tahap 1&2 anjuran Panitia Muzik
* Pertandingan Senam Aerobik Berirama Merdeka anjuran Panitia PJK
* Perarakan Merdeka anjuran Panitia BKD dan Panitia MOral
* Kuiz terbuka tahap 1 & 2 bertemakan Sejarah anjuran Panitia Sejarah.
* Pertandinagan Busana Merdeka kepada semua STAFF, warga murid           anjuran RBT dan PSV.

Kepada semua ajk yang telah menjayakan GIMIK Pelancaran Bulan Kebangsaan kali ini diucapkan terima kasih banyak-banyak, semoga ditahun hadapan akan bersua lagi dalam kemeriahan Bulan Kebangsaaan yang julung kalinya diadakan di sekolah ini.




Acara kemuncak dalam program GIMIK Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 ialah penyampaian cenderahati kepada barisan pentadbir.

Guru Besar Sekolah 

Penolong Kanan 1

Penolong Kanan HEM

Himpunan beberapa gambar melibatkan murud sekolah



Jumpa lagi dilain cerita

1 ulasan:

  1. Mohon maaf jika ada kesalahan ejaan. Insha Allah akan diperbaiki

    BalasPadam