Rabu, 23 Ogos 2023

Program Capsule Pencerapan Learning Walk

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terdapat berbagai program yang dilaksanakan di setiap sekolah, termasuk juga Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau.

Antara program yang telah dilancarkan ialah Program My Capsule yang telah dilancarkan oleh YDP PIBAGU baru-baru ini. Program ini mengambil masa yang agak lama sehingga berjaya dilaksanakan dengan mensasarkan penerapan ilmu kepada semua warga guru. Dimana semua guru dari berbagai mata pelajaran menjadikan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan adanya Capsule dalam bentuk motivasi, teknik berkesan, psikologi dan pedagogi guru dalam kelas sehingga megwujudkan keseronokan belajar dikalangan murid serta murid merasa terangsang mencelikkan minda mereka untuk menguasai pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Selain itu Program Capsule, menimbulkan situasi di mana guru memiliki daya atau kuasa menyampaikan PdP dengan penuh tanggungjawab. Guru juga akan mempastikan kawalan kelas lebih terkawal apabila guru menguasai dan memahami Capsule dalam pengajaran dan pembelajaran.

 
Gambar, kelihatan Pentadbir berbincang sebelum 
Pencerapan Learning Walk dilaksanakan.

Terbaru pihak pentadbir telah membuat dan melaksanakan tugas iaitu Pencerapan learning Walk. Team Learning Walk akan bergerak dari kelas ke kelas dengan cara mereka memantau perjalanan PdP di dalam kelas tanpa memberitahu guru, Dan team ini hanya berada di luar kelas, kelihatan mereka seperti berbual sesuatu perkara walhal mereka sebenarnya membuat penyeliaan secara jarak jauh. Dalam beberapa minit mereka memerhati suasana kelas ketikan PDP  dijalankan.


Aktiviti PdP Bahasa Inggeris sebagai pengisian 
Program Capsule .


PdP Bahasa Inggeris dilakukan oleh Cikgu Jenny Leong
di kelas 4 Bijak.
Syabas dan tahniah kepada Cikgu Jenny Leong.


 Catatan dan gambar oleh Etuza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan