Ahad, 15 Oktober 2023

6 Guru Terawal Membuat Perkongsian Inovasi PdP Menerusi Mini Kolokium Peringkat Sekolah

Asalamualaikum dan salam Malaysia Madani.
"Salam SK.Penagatan Mamabang"

Syukur kepada Allah, program Mini Kolokium Inovasi dan Amalan Baik Program Capsul Peringkat SK.Penagatan, Keningau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini telah menyenaraikan enam guru terawal sasaran untuk membuat perkongsian tentang Amalan Terbaik dalam pdp di sekolah ini.Pembentang terawal telah menawarkan diri dan amat positif dalam program yg menarik iaitu Program My Capsule. Idea ini telah di cetuskan oleh PK 1 iaitu En.Zahir Baharum dan mendapat kerjasama dari Majlis Guru Besar dan  di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.


Pembentang harus membuat perkongsian dan perlu membentang Inovasi Amalan terbaik dalam kawalan masa hingga 7 minit sahaja. Perkongaian hendaklah berkisar mengenai amalan terbaik pembentang di dalam pdp sahaja mengikut kreativiti sendiri. Program ini telah dihadiri oleh beberapa Guru Besar dari sekolah lain, pegawai SiS Plus dari PPD Keningau,dua orang guru pelatih IPGM dan semua staf dari sekolah ini.

Guru Besar sekolah bersama tetamu dari SK. Ambual 
dan dari Pegawai SIS Plus dari PPD Keningau.
 


Antara pembentang awal yang mendaftar dari SK.Penagatan ialah En. Adevin, Pn Ahini, En. Dominic, Pn Norsuadah dan Pn. Moitah. Mereka telah membuat pembentangan dan perkongsian dengan baik dan mendapat perhatian. Apa yang menarik ialah tanpa disedari pembentang ini sebenarnya telah dijuri oleh SIS Plus dari PPD Keningau. Tahniah kepada penganjuran Mini Kolokium ini. Semoga suata masa akan berterusan dan menampilkan pembentang yan g lain dengan Inovasi mereka yang lagi mantap. 

Salah seorang pembentang dari SK,Ambual turut
diberi peluang membentangkan Inovasinya.
Syabas Tahniah Puan Clerice.

Acara penyampaian Sijil kepada semua peserta yang datang 
mengambil bahagian. Sijil ini telah ditandatangani oleh
Pegawai PPD Daerah Keningau.

Abadikan kenangan kepada beberapa peserta Mini 
Kolokium Peringkat SK. Penagatan Keningau.
Syabas dan tahniah semua. Jumpa lagi.

Dokimentasi ini : Oleh Etuza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan