Rabu, 27 Ogos 2025

" Bring Back Oldies Memory" Anjuran Panitia PJK Program Bulan Kebangsaan 2025.

 

Rabu, 27.08.2025 bertempat di padang SK. Penagatan dan di Dewan terbuka sekolah diadakan sukaneka  tradisional yang dianjurkan oleh Panita Pendidikan Jasmani Kesihatan yang di ketua oleh Cikgu Josey A selaku Ketua Panitia PJK sekolah tahun 2025.

Semua warga seronok menyaksikan penglibatan semua murid tahap 1 dan tahap 2.

Julung kalinya diadakan Program Kebangsaan di setiap sekolah dan termasuk SK.Penagatan, Keningau. Semua pantia mata pelajaran diperlukan untuk menganjur aktiviti sebagai pengisian sebaik program ini dilancarkan.

Penglibatan semua staff sekolah dan komuniti murid tahap 1 dan tahap 2 serta PraSekolah amat digalakkan demi menjayakan sukaneka  Pancing Botol, Isi air dalam baldi,boling kelapa dan pusaran bumi. Murid juga dapat menyaksikan aksi kawan-kawan mereka bertanding sesama secara sihat. Walaupun acar sukaneka mencabar kebolehan mereka dan kemahiran mereka  yakni peserta tetap melaksanakan misi mereka agar pasukan menjadi juara dan pemenang setiap kategori sukaneka.

Penyelaras Program Bulan Kebangsaan ini amat berterima kasih kepada semua Pantia Mata Pelajaran kerana dapat menjayakan apa juga yang dirancang sempena Bulan Kemerdekaan ini. Ajk yang dilantik serta Guru Pelatih diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 Gabungan Pengacara Hebat Menjayakan Sukaneka Ini.

Gabungan pengacara yang hebat seperti Cikgu Josey sendiri, Cg, Davina dan Cikgu Rissa diucapkan terima kasih atas kejayaan mengacara sebagai pemudah dalam menjayakan SUKANEKA yang menarik minat murid menyertainya. Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti yang tidak kurang menarik seperti Senamrobik yang di adakan di Dewan terbuka yang di ketuai oleh Cigu Piah sebagai pengacaranya. Syabas dan tahniah semua. Majulah sukan untuk negara. Sukaneka bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Jumpa lagi di artikal lain.

Muridbersedia diberi taklimat oleh pengacara Sukaneka di padang sekolah

Guru kelas memberi semangat dan mengatur peserta mengikut kelas masing-masing.

Acara tahap 1 dan Prasekolah, mengisi air dalam baldi, mendapat sorakan hangat

Menyaksikan semua acara Sukaneka hari ini.

Memberikan semangat kepada peserta menyudahkan aktiviti..

Cikgu Davina salah seorang pengacara program sukaneka ini

Gabungan tenaga yang mantap, pengacara dan guru kelas 1C

Happy menjayakan Sukaneka ini..

Murid tahun 6 turut memberikan sumbangan bakti untuk bertugas bersama.

Sukaneka Pusaran Bumi..

Sukaneka mengisi air dalam botol

Tersenyum guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau

Tersenyum menyaksikan sukaneka ini berlangsung

Acara sukaneka memancing botol..

Cikgu Jeramah tunjuk cara memancuing botol

Guru pelatih lelaki dari IPGM Keningau.


Vedio senamerobic hari ini 28.08.2025

Sabtu, 16 Ogos 2025

Gotong - Royong Perdana Kali Ke 2 Peringat Sekolah 202

Ibubapa yang hadir gotong royong hari ini 16.08.2025. Menebang pokok
nangka yang semakin besar dekat pondok pengawal

Program ini ialah anjuran bersama PIBAGU sekolah yang dipengerusikan oelh Ustaz Ismadi Bin Bachok. Gotong - royong ini adalah kali kedua pada tahun 2025. 

Skop kerja lebih kepada pembersihan dan cuci lantai kelas yang berkaitan, menebang pokok nangka, menebang pokok kelapa sawit, memasukkan tanah ke dalam pasu roda hiasan depan tandas baru murid, menyimen lorang jalan murid ke kantin sekolah. Ramai ahli ibubapa yang hadir memberikan kerjasama padu. Tahniah kepada ibubapa yang prihatin. 

Gotong - royong ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. AJK Pibagu telah menyediakan juadah seperti kuih muih, mee goreng, kopi dan air mineral. Hari isnin pasti ramai pelajar gembira kawasan sekolah semakin ceria dan terang benderang.

Pemasangan pasu roda yang sudah dibentuk pasu depan tandas baru murid.

Ini keadaan pasu roda yang telah dimasukkan tanah hitam,..hanya menunggu di masukkan bunga

PK Hem..sedang membuat pemantauan dekat Kantin sekolah..menyimen 
jalan kegunaan murid ke kantin untuk membeli makanan

Ramai guru perempuan berada di area ini, membantu memasukkan tanah ke dalam pasu roda

Ibu / wanita yang turut hadir ke gotong royong ini. Ramai yang datang memberikan 
kerjasama kepada pihak sekolah

Tebang kelapa sawit yang tumbuh sendiri dekat tandas lama  guru..alhamdulillah terang sudah 

Bersedia untuk tebang pokok nangka sepemeluk

PK Hem dan PK Ko-Kum sedang memantau ibubapa menyimen lorong jalan ke kantin

Membersihkan  bilik

Memutarkan alat membancuh simin dan batu pasir oleh kaum lelaki ..

Blog bukan hak milik kekal.Catatan oleh GPM.

Program Ains dan AI Protal Ruang Cakupan Meningatkan Kemahiran Berfikir

Salam Sejahtera  


Pengenalan Program

Program ini sebenarnya telah dilaksanakan pada tahun 2024 pada bulan Ogos. Semua guru perlu mengikuti program ini kerana bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan menambahkan lagi kemahiran mengendalikan ICT ( alat teknologi) atau katalah sebagai laluan pembugaran penguasaan akademik menggunakan kemudahan ICT. Sesuai apabila sekolah diketengahkan sebagai sekolah TS25. Guru Besar terlebih dahulu  memulakan program ini dengan mengingatkan semua guru memberi perhatian dan bertanya jika ada perkara yang tidak difahami.

Taklimat Ains 

Taklimat ini disampaikan oleh Guru Perpustakaan & Media. Di mana taklimat berkisar kepada cara log in dan klik terus ke protal Ains. Protal Ains adalah laman memudahkan guru , ibubapa dan pelajar membuat catatan online rekod pembacaan buku NILAM. Bagimana pun hanya GPM sahaja yang boleh melihat paparan prestasi atau rekod bacaan yang dilakukan oleh pelajar di sekolah. Segala rekod seperti bilangaan buku dibaca dan kedudukan hanya dapat di lahat oleh GPM sahaja.

Taklimat ChatGPT

Disampaikan oleh Guru Bahasa Inggeris. Memang seronok berbicara apa sahaja yang menjurus kepada pendidikan dengan menggunakan program ChatGPT . ChatGPT  boleh memberi penjelasan pada apa sahaja persoalan kita. 

Bagaimana log in eDeloma menggunakan moe email.

Bahagian ini disampaiakan oleh guru ICT di sekolah ini. Dan semua guru diberikan email moe beserta dengan pasword sekali.Oleh itu pendedahan kepada cara log in melalui taklimat ini telah memudahkan staaf guru log in akaun eDelima menggunakan akaun moe masing-masing.
 
Suasana taklimat semua guru datang bersama

Cikgu Ernawati khyusuk menggunakan laptop log in eDelima menggunakan moe

Kelihatan Guru Besar, PK 1,  PKHem dan PK KO-KUM berada di hadapan

Taklimat Chat GPT

Taklimat bagaimana menggunakan email moe oleh guru ICT

Jumaat, 20 Jun 2025

MAJLIS RASMI 4 DALAM 1.MERIAH DAN MENARIK DARI KAMI.

MAJLIS RASMI HARI GURU, TADAU KAAMATAN, HARI BGAWAI DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH DARI IPGM KAMPUS KENINGAU.

Kreatif hasil sentuhan AJK Hiasan Pentas yang diketuai 
oleh CiKgu Hazlawati Binti Azlan

Antara Guru-Guru yang sempat dirakam dalam gambar.
Menarik memakai pakaian Tradisional Masyarakat Sabah.

Menyanyanyikan Lagu "Kami Guru Malaysia "

 Kepelbagaian Pakaian Tradisional Sabah dari Etik Suku Kaum

Asaalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap semua pembaca maya dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ini, admin blog sempat bersiaran di laman ini ekoran ada masa sengang sebagai guru Perpustakaan dan Media. Kesempatan ini dapatlah mengupdatekan blog yang kian bersawang ini. Mohon maaf kepada rakan-rakan guru juga pembaca maya yang mungkin tertunggu-tuggu apakah paparan di blog ini sebagai bahan untuk dibaca.

Majlis 4 dalam 1 ini sebenarnya telah beberapa hari berlalu,namun masih terasa bagaikan baru bagi kami di Sabah. Majlis rasmi Hari Guru, Hari Kaamatan, Hari Gawai bagi rakyat Sarawak dan Majlis perpisahan kepada tiga orang guru pelatih dari Kampus Institusi Perguruan Daerah Keningau baru-baru ini selama 4 bulan. Mereka ialah bakal Guru Hazim,Angelina dan Joan. Syabas dan tahniah kepada mereka kerana berjaya menamatkan latihan fasa akhir. Majlis yang bermakna ini, telah dirasmikan oelh YDP PIBG En. Ismadi Bin Bachok.

Kepada semua warga guru kita ucapkan SELAMAT HARI GURU, SELAMAT HARI KAAMATAN KEPADA SEMUA RAKYAT NEGERI SABAH, SELAMAT HARI GAWAI KEPADA SEMUA RAKYAT SARAWAK DAN SALAM PERTPISAHAN KEPADA CIGU HAZIM,CIKGU ANGELINA DAN CIKGU JOAN.Mohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari kesilapan. Manusia ini bukan lah yang sempurna. Salam kasih sayang dan semoga ada lagi menyusul artikal baru menerusi blog sekolah ini.

Berita Menarik

Barisan guru yang mendapat Anugerah Khas Gelaran hasil Pilihan murid-murid sekolah.Tahniah kepada mereka ini. Lihat gambar mereka, antaranya Cikgu Nasrul,Cikgu Tahir, Cikgu Zahir ( PK 1), Cikgu Jeramah,Cikgu Harayti,Ustazah Sabirah  serta admin Blog tetapi kebetulan masa ini admin blog berada di Kota Kinabalu Sabah, sebaik jam 10.00 pagi. Ada urusan mendesak maka tidak dapat naik pentas terima hadiah. Kepada semua murid TERIMA KASIH memilih kami . Ada ramai juga guru yang mendapat anugerah, mohon maaf hanya beberapa gambar dimuatkan dalam laman ini.

Guru Paling Kemas

Guru Paling Peramah

Guru Paling Popular


Guru Kreatif

Guru Penyayang 

Guru Paling Ceria


Isnin, 12 Mei 2025

Guru Pelatih ~ IPGM Kampus Keningau.


Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

 Selamat menjalani latihan mengajar kepada 3 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau.


Praktikum Akhir ~ Buat yang terbaik / Pasti Boleh
Cikgu Hazim ~ Opsyen Sejarah / PJ
Cikgu Angelina ~ Opsyen BKD/PJ
Cikgu Joan ~ Opsyen RBT / PJ


Cikgu Angelina bersama
1. Pensyarah 
2. Guru Pembimbing 


Rekod Buku Mengajar 
1. RPT
2.RPH
3. Jurnal
4. Refleksi

Penyediaan semua fail Cikgu Angelina memang mantap  Contoh yang baik


Cikgu Angelina mendapat hadiah dari Guru Pembimbing

Berbakat, serba boleh ~ Contoh yang baik


Diucapkan tahniah dan syabas!
Guru Pelatih ~ Berjaya menyahut cabaran latihan mengajar .
Memang banyak cabaran dan ujian, semua mendidik anda menjadi guru
yang sebenar bila berada di lain sekolah. 
Selamat maju jaya kepada Angelina, Hazim dan Joan.