Jumaat, 8 Disember 2023

Penghargaan Terindah Seorang Guru Bersara

Penghargaan Terindah Seorang Guru Bersara 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bertemu lagi dalam paparan blog ini. Terasa rindu untuk mencatat sesuatu yang diharapkan akan bermanfaat pada sesiapa jua yang sukakan cerita atau informasi yang berkaitan dengan kehidupan ini. Kadang saat senggang anda akan teringat kegembiraan yang pernah lewat kita rasai bersama teman yang dikasihi. Kerana itu tamplate ini sedikit sebanyak mengingatkan anda tentang beberapa lukisan kenangan yang sungguh indah. Ya, sungguh indah kehidupan ini apabila kita berkesempatan meraikan kegembiraan bersama insan yang dekat dengan kita.

Background Majlis Persaraan Guru Pemulihan Di Hotel Perkasa Keningau.

Kenangan Terindah Buat Guru Bersara Cg. Moita I dan suaminya

Anda baca paparan bacground majlis persaraan guru pemulihan ini. Pasti terbayang diminda anda berbagai rasa, gembira dan sedih silih berganti. Umpama sekelip mata tiba masa persaraan Cikgu Moita Inggit. Umpama mimpi bagaikan baru bertemu tiba-tiba kini berpisah dan agak sukar bertemu lagi sedangkan sedaerah dan tinggal secara jiran sekampung, namun terpisah oleh bukit dan jarak yang agak jauh juga di Kampung Menawo Laut, Keningau.

Melihat penganjuran majlis persaraan ini, terlihat sangat hebat yang diketuai oleh Cikgu Josey A sebagai penyelaras dan Pengerusi oleh Cikgu Mohamad Syukur N yang berjawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Bermula pada awal pagi pada hari Khamis bersama dengan semua warga sekolah dan komuiti, beralih arah majlis persaraan ini pada hari Jumaat bersamaan dengan 11/11/2023 yang bertempat di HOTEL PERKASA, Keningau. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada penganjuran yang sangat hebat ini.


            Guru Besar Sekolah dan Isterinya                  Inilah Cikgu Josey A bekerja keras menjayakan                                                                                            majlis ini secara gilang gemilang.
Turut menjayakan majlis ini ialah bersama suami dan keluarga guru bersara ini. Selain itu didatangi juga oleh YDP PIBAGU iaitu Saudara Ismadi Bachok serta kehadiran Guru Besar dari sekolah SK. Kapayan Apin-Apin. Antara pengisian majlis ini ialah, mendengar ucapan Guru Besar Sekolah, ucapan guru bersara. Pemberian hadiah juga kepada guru bersara secara bergilir dan acara yang di tunggu ialah menghadap jamuan makan yang telah dihidangkan.

Acara lain juga seperti karoke menyanyikan lagu-lagu baru dan lama yang digemari oleh penggemar lagu-lagu dahulu. Penulis blog ini, agak merasa kan kesedihan kerana tidak dapat bersama meraya atau menraikan majlis persaraan kepada cikgu Moita kerana ada hal keluarga yang mendesak dan sangat penting. Apapun tanpa kehadiran di majlis ini sesungguhnya tidak juga mencatatkan suasana majlis yang serba indah ini.

Semoga Cikgu Moita yang merupakan guru pemulihan sentiasa sihat dan bahagia menikmati persaraan ini, diharapkan juga semoga guru bersara ini dapat merehatkan diri dan tenang, aman bahagia menikmati dan dimudahkan apa juga urusan kehidupan ini. Selamat bersara Cikgu Moitan Inggit dan nikmatilah hari-hari persaraan dengan perasaan yang bahagia, 

Kepada anda pembaca budiman, teman guru dan pembaca maya, lihat beberapa keping gambar dalam majlis ini yang sempat dipublishkan. Salam kemaafan jika ada tutur kata yang menyinggung hati. Jumpa lagi dilain catatan. Salam sayang semua. 









Dicatat Oleh : Etuza. 8/12/2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan