Rabu, 8 November 2023

Pentadbiran Dan AJK Program DLP Melawat Ke Tabika Perpaduan Sekitar SK.Penagatan, Keningau

Pentadbiran Dan AJK  Program DLP Melawat Ke Tabika Perpaduan Sekitar SK.Penagatan, Keningau pada 05/11/2023.

Salam Sejahtera semua.

Bertemu kembali dalam paparan wall blog ini. Kali ini menerusi satu program arahan PPD Daerah Keningau dan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sesebuah sekolah rendah terbaru hendaklah membuat satu program lawatan khusus ke setiap Tabika Perpaduan ke kampung sekitar yang telah mendapat kemudahan pendidikan awal kanak-kanak menerusi kelas Tabika Perpaduan.

SK.Penagatan telah menyahut cabaran ini apabila En. Abdul Karim Rahsid selaku Guru Besar dan barisan penolong kanan serta guru Prasekolah SK.Penagatan telah membuat lawatan ke Tabika Perpaduan pada minggu lalu bersamaan 05/11/2023 pada hari Jumaat.  Lawatan ini dijalankan seawal jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi dengan memulakan lawatan ke Tabika Perpaduan di Kampung Penagatan Ulu dan di Kampung Kindasan, Keningau.

    PK Hem En. Hendry Y memberi ucapan

Menerusi gambar kiriman Cikgu Siti Aminah, sebagai guru kelas 1 Bijak dan menupakan Ketua Penyelaras kelas DLP di SK.Penagatan, Keningau, kelihatan antara yang turut hadir membuat lawatan ke Tabika Perpaduan pada dua buah kelas Tabika Perpaduan ialah YDP PIBAGU sekolah iaitu EN. Ismadi bin Bachok ( Yang berbaju Selanggor warna kuning) PK 1 Mohd Zahir, PK Hem EN. Handery Y, PK Kokum En. Syukur, Cikgu Jerama Guru BI dan Cikgu Norsuadah Wasimin guru Prasekolah.

Kelihatan dalam gambar lawatan ini mendapat sambutan terbaik dari pengurusan Tabika Perpaduan. Ucapan penjelasan hal lawatan, penerangan tentang kelas khas DLP dan penyampaian hadiah oleh Guru Besar turut dilangsungkan. 

Antara tujuan utama lawatan ini ialah, sekolah khasnya SK.Penagatan mengharapkan agar Tabika Perpaduan akan melahirkan calon murid ke kelas DLP atau di kelas tahun 1 dengan lebih awal dan sekurang-kurangnya murid dari Tabika Perpaduan telah tahu membaca dan menulis secara asas. Justeru keadaan murid telah sedia mengenal huruf mengenal nombor dan terdapat asas membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pasti memudahan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 1 pada tahun 2024.

Diucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan pentadbiran SK.Penagatan, Keningau. Iltizam dan sepakat memajukan pendidikan yang terbaik kepada generasi muda.

Untuk melihat beberapa gambar sila anda
klik hingga ke bawah. Semoga bermanfaat.











 

1 ulasan: