Rabu, 20 Disember 2023

Merentas Desa Anjuran Unit KoKurikulum

Merentas Desa Anjuran Unit KoKurikulum

Aslamualaikum & Salam Sejahtera 


Julung kalinya SK.Penagatan mengajurkan acara atau program Merentas Desa peringkat sekolah. Penganjuran kali ini di pengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum yang baru iaitu En. Syukur Nadiu Abdullah. 

Penyelaras program Merentas Desa dipegang oleh Cikgu Josey Anatarus dan AJK pengendali dan pelaksana adalah dari kalangan warga guru dan staff yang lain seperti Unit Pembersihan Sekolah dan Unit Pengawal Sekolah. Merentas Desa mensasarkan warga murid untuk memilih 6 hingga 10 terbaik terawal sampai menyelesaikan larian mengikut jarak yang ditetapkan.

Antara pengisian aktiviti Merentas Desa kali ini ialah diadakan cabutan tiket bertuah dengan meletakkan berbagai hadiah yang menarik. Hadiah paling menarik untuk dimenangi ialah basikal, mesin rumput, beras dan sebagainya. Hadiah ini telah disumbangkan oleh individu tertentu serta usaha guru-guru lain mencari sumber hadiah. Diadakan juga mini jualan makanan, minuman dan lain-lain. Acara senamrobik sebelum larian juga diadakan.

Pegawai dari Jabatan PDM juga dijemput bertugas mengawal keselamatan murid yang membuat larian merentas desa ini. Terdapat tiga buah sekolah turut menyertai larian ini dengan tujuan melatih peserta sekolah tersebut ke peringkat Zon dan Daerah nanti pada sesi persekolahan 2024/2025. Antaranya SK. Magatang, SK. Minawo dan SK.Jaya Baru. Larian terbuka ibubapa juga turut diadakan dan hadiah menanti kepada pemenang yang terawal sampai.

Pegawai Perasmi Merentas Desa peringkat SK.Penagatan sesi 23/24 ialah En. Jordan Eliron. Selain itu pegawai perasmi juga diberi peluang untuk melepaskan larian ini mengikut kategori larian. Syabas dan tahniah kepada penganjuran ini , semoga ditahun hadapan bertemu lagi dalam acara kesukanan dan digemari ramai ini. 

Akhir sekali dijemput melihat beberapa paparan gambar dalam program Merentas Desa peringkat sekolah pada 07/12/2023.











 Jumpa lagi di lain paparan cerita. Addmin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan