Isnin, 12 Mei 2025

Guru Pelatih ~ IPGM Kampus Keningau.


Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

 Selamat menjalani latihan mengajar kepada 3 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau.


Praktikum Akhir ~ Buat yang terbaik / Pasti Boleh
Cikgu Hazim ~ Opsyen Sejarah / PJ
Cikgu Angelina ~ Opsyen BKD/PJ
Cikgu Joan ~ Opsyen RBT / PJ


Cikgu Angelina bersama
1. Pensyarah 
2. Guru Pembimbing 


Rekod Buku Mengajar 
1. RPT
2.RPH
3. Jurnal
4. Refleksi

Penyediaan semua fail Cikgu Angelina memang mantap  Contoh yang baik


Cikgu Angelina mendapat hadiah dari Guru Pembimbing

Berbakat, serba boleh ~ Contoh yang baik


Diucapkan tahniah dan syabas!
Guru Pelatih ~ Berjaya menyahut cabaran latihan mengajar .
Memang banyak cabaran dan ujian, semua mendidik anda menjadi guru
yang sebenar bila berada di lain sekolah. 
Selamat maju jaya kepada Angelina, Hazim dan Joan.


Ahad, 11 Mei 2025

Tuan Rumah Juara Pertandingan Public Speaking Zon Pegalan 2025.

Pentas Dihias Indah..

 Tuan Rumah Juara Pertandingan Public Speaking Zon Pegalan 2025.
Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.

Bersua kembali dalam ruangan penulisan blog ini, Semoga semua pembaca maya sihat dan gembira dalam melayari kehidupan kini yang sangat mencabar. Sebagai manusia , sebenarnya banyak perkara hendak dikongsi, tetapi sukar untuk membuka atau on laptop apabila membuat kerja- kerja lain. 

8 Mei 2025 bersamaan hari Khamis Pertandingan Public Speaking Peringkat Zon Pegalan, Keningau diadakan. Pertandingan ini disertai 5 buah sekolah dari 10 sekolah yang turut  mengambil bahagian.  Peserta  dari  sekolah kami ialah Aina Qairini Binti Amari  murid dari kelas 5 Bijak serta berumur 11 tahun.  Sekolah lain yang menyertai pertandingan ini ialah SK. Kampung Biah, SK Ansip, SK Mombulu dan SK.Pekan, Keningau dan tuan rumah sendiri. Barisan  panel Hakim yang dilantik ialah guru dari Zon Sook, iaitu dari SK Binakaan Sook,  dari SK. Kobulu. Pertandingan ini mengandungi dua fasa berbeza iaitu untuk Form 1 peserta perlu bercerita dan fasa 2 ialah menerusi idea murid sendiri mengikut tajuk yang telah diundi awal oleh peserta sebelum mulakan pertandingan.

Pentas dohias seindahnya...Ketua AJK ini ialah Cikgu Haryati Suhaili.


Cikgu Angelina, Juruacara Majlis, kelihatan juga Cikgu Hazim

Aturcara Majlis

Pintu gerbang ke Dewan terbuka SK. Penagatan



Barisan Guru Besar bersama YDP PIBG SK.Penagatan,Keningau


Seramai 5 peserta telah menjalani ujian pertandingan Public Speaking peringkat Zon Pegalan Keningau tahun 2025. Johan dari pertandingan ini akan mara ke peringkat Pertandingan Public Speaking peringkat Daerah Keningau nanti. Dan dengan rasminya keputusan telah membariskan kemenangan berpihak kepada tuan rumah ( penganjur pertandingan ) iaitu Johan disandang oleh Aina Qairina dari SK.Penagatan. Naib Johan SK.Ansip dan tempat ketiga dari SK.Kampung Biah, Keningau.

Tahniah dan syabas kepada guru Bahasa Inggeris yang menggabungkan tenaga serta memberi latihan motivasi kepada peserta iaitu Cikgu Aloisia dan Cikgu Jenny Leong.



Adik Aina Qairina Binti Amarie ~ Johan 


Ahad, 23 Mac 2025

Majlis Ihya Ramadan 21 Mac 2025


Sesi membaca surah lazim al quran 

Majlis Ihya Ramadan 21 Mac 2025

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali dalam ruangan pena blog ini. Agak lama tidak muatkan catatan dan gambar, bukan tiada bahan untuk dicatat tetapi kesempatan serta ruang masa yang begitu cemburu untuk laksanakan tugas yang realiti di hadapan. Blog kita letakkan perkara kedua sebagaimana perkara lain. Namun ada perlunya melihat infor semasa lalu terkenang akan blog ini. Justeru hari ini ada pengisian sesuai peristiwa baru-baru ini diadakan majlis ringkas Ihya Ramadan di sekolah.

Majlis Ihya Ramadan pengisian yang sederhana, tetapi cukup memberi ilmu kepada kami semua warga sekolah, apatah lagi kepada kita yang berpuasa. Ceramah khas berkisar NUZUL QURAN. 

Ustaz Hairon Nazri terlebih dahulu membacakan doa dan disusuli acara berselawat ke atas Nabi Muihammad SAW beramai-ramai, kemudian  membaca Al Quran seterusnya  mengadakan aktiviti murid di dalam dewan terbuka sekolah. Murid yang datang semuanya melibatkan diri secara aktif. 

Majlis Ihya Ramadan dihadiri oleh para Pentadbir sekolah, staff guru serta Guru Pelatih dari IPGM Kampus Keningau. Ihya Ramadan semestinya perlu diadakan yang julung kalinya dibulan Ramadan dimana semua umat Islam seluruh Dunia berpuasa wajib.

Menunaikan solat Jemaah Terawih selepas Isyak, mengadakan Iftar berbuka dan majlis Tadarus Al Quran juga merupakan rutin sunat musim berpuasa dibulan Ramadan. Semua program ini menjurus menyantuni Bulan Ramadan dan memupuk  budaya kasih sayang serta tanda memohon rahmat dari yang esa. Diucapkan alhamdulillah kerana Panitia Agama Islam SK.Penagatan dapat mengadakan program Ihya Ramadan tahun ini. Penyelaras program Ihya Ramadan kali ini ialah Ustazah Safini Jaffar.


Murid-murid Islam duduk bersila mendengar CERAMAH
NUZUL QURAN

Antara guru dan guru pelatih yang hadir

Guru -guru wanita

Duduk tengan Guru Besar dan PK 1

Dicatat : Oleh GPM/25

Jumaat, 17 Januari 2025

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2024


SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 

      12 DIS 2024 Bersamaan hari Khamis adalah hari yang ditetapkan oleh warga sekolah sebagai Sambutan Hari Kanak-Kanak diperingkat sekolah tahun 2024 baru-baru ini. Majlis sambutan ini dirasmikan oleh YDP PIBAGU iaitu En. Ismadi Bin Bachok di Dewan Terbuka sekolah.

Iklan Promosi Hari Kanak-Kanak 2024.

     Majlis Hari Kanak-Kanak ini sekolah telah melantik Ustazah Safini sebagai Penyelaras Program ini. Semua guru adalah AJK pelaksna mengikut tugasan masing-masing. Dari awal promosi pengisian aktiviti ini telah didedahkan kepada Komuniti PIBAGU SEKOLAH dan komuniti sekolah, dalam kalangan murid dan guiru-guru serta staf pembersihan dan pengawal sekolah. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
1. Pertandingan pakaian bertema Fairytales, Cartoon Character ANIME dalam lakonan watak.
2. Pertandingan mewarna poster 
3. Pertandingan senamerobik 
4. Pertandingan menyanyi solo 

      Dalam ucaptama pegawai perasmi YDP PIBAGU menekankan bahawa kanak-kanak sedari kecil dan apatah lagi anak yang dilahirkan harus dihargai dan diberi pendidikan awal sedari rumah. Katanya melentur buluh biar dari rebungnya. Maknanya ibubapa lah yang mencorak anak yang lahir secara fitrah ke arah dalam kalangan Majusi, Nasrani atau Yahudi. Kasih sayang dan memberi kebebasan serta pendidikan agama menjadi titik tolak emosi dan perkembangan mental kanak-kanak berkembang secara sihat. Justeru, katanya sambutan hari kanak-kanak sebegini menjadi suntikan kepada jiwa kanak-kanak apabila merasakan golongan orang dewasa, para pendidik dan ibubapa memberi kasih sayang dan peluang kepada mereka membina keyakinan diri.

    Aktiviti yang dipertandingkan memang sangat menarik dan ramai murid yang menyertainya. Sehingga pada hari Majlis Sambutan Kanak-Kanak diadakan kelihatan berbagai -bagai corak pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak perempuan atau kanak-kanak lelaki dari murid PraSekolah hingga ke murid tahun enam.Jelas diwajah mereka riang dan gembira meraikan bersama sambutan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA INI.

Antara tema pakaian yang menarik perhatian 

Ejanlee Bin Rosli..
Tempat Kedua Pakaian Bertema Kreatif

Pakaian Bertema Dargon Ball


   Diucapkan tahniah kepada semua AJK pelaksana dan semua peserta serta kepada yang mendapat gelaran juara dalam kategori yang disertai. Pasti acara-acara menarik seumpama ini akan menjadi ingatan dan pasti mereka yakni kanak-kanak berharap pada masa akan datang diadakan lagi majlis sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah yang julung kalinya diadakan.


Blogger: Etuza

Isnin, 25 November 2024

Berbagai Cabaran Semasa Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Sesi 2024/2025

Asalamualaikum & Salasm Sejahtera 

Suasana Perkemahan Unit Beruniform 

Pada 28.10.2024 hingga 29.10.2024 bersamaan Isnin dan Selasa, diadakan program Perkemahan Unit Beruniform peringkat sekolah. Program ini dianjurkan oleh Unit Ko-Kum yang dipengerusikan oleh En. Syukur Nadiu selaku Penolong Kanan KoKurikulum. Penyelaras program pula ialah Pn. Devinia serta dibantu oleh Cg. Josey. Mereka adalah antara guru muda yang amat aktif dalam bidang KoKurikulum.

Perkemahan ini disetrtai oleh 4 unit berberuniform yang terdiri daripada Unit PBSM, Unit Pengakap, Unit TKRS dan Unit Persatuan Pandu Puteri. Peserta yang terlibat pula ialah murid -murid tahap 2 iaitu murid kelas tahun 4, 5 dan 6.

Cabaran semasa aktiviti kembara.

Perkemahan ini dijalankan selama 2 hari  satu malam.Pada awasl pagi sebelum aktiviti dijalankan mengikut program, terlebih dahulu diadakan senam erobik yang sangat menarik. Terdapat berbagai aktiviti yang dijalani oleh peserta sebagai satu cara melihat kerjasama setiap ahli kumpulan dan kometmen setiap peserta. Perkemahan ini dilancarkan dengan rasminya oleh En. Mohd Zahir Bin Baharom sebagai Penolong Kanan 1 SK.Penagatan, Keningau, Sabah.

Cabaran naik bukit menggunakan tali.

Peserta dibahagikan beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dilantik ketua. Kali ini bagi cabaran kembara di hutan sekitar sekolah agak mencabar apabila jarak agak jauh dan arahan pada lorong jalan kembara agak susah dikesan melainkan semua ahli kumpulan saling bekerjama dan membuat kuputusan logik sebagai kekuatan menyelesaikan Aktiviti Kembara. 

Cabaran lain ialah aktiviti menyimpul tali, meniti jambatan, merangkak masuk lubang tayar di kawasan berlumpur. Selain itu, peserta juga memasuiki parit yang berair dan ada peliharaan ikan. Pada stesen 5 peserta harus membuat aksi menggoyangkan badan  dan mendongak ke atas melalui palang. Dan yang terakhir ialah merangkak di bawah jaring. Pada malamnya dipasang unggun api dan diteruskan dengan acara Malam Kebudayaan. Malam kebudayaan, dan aktiviti pertolongan cemas juga diadakan yang diketua oleh Cikgu Aloisia dan gabungan Unit Beruniform lain. Acara terakhir sebelum perkemahan ini ditamatkan pada 29.10.2024 ialah turut diadakan ceramah dari Jabatan Hendry Gerny yang disampaikan oleh Sarjan Sajedih Awang. Boleh lihat gambar.

Guru Besar dan barisan pentadbir sebagai hakim persembahan 
setiap peserta di Malam Kebudayaan yang dihoskan oleh 
Pn. Salbiah Nazim.

Peserta terbaik yang diputuskan oleh AJK pelaksana ialah disandang oleh Ahmad Syakir Bin Nasrul Hakim, manakala peserta perempuan terbaik ialah adik Brighate Lasurus.  Kumpulan terbaik juga digondol oleh kumpulan Ahmad Syakir dengan membawa 3 hamper serta sijil mereka semua.

Pintu gerbang yang diilhamkan oleh Cigu Davinia.

Guru Besar melancarkan pemasangan unggun api
pada waktu malam di atas pintu gerbang.


Malam Penghayatan di Dewan terbuka sekolah.
Dihoskan oleh Ustaza Safini 

















Suasana semasa Ucapan Perasmian penangguhan 
Unit Perkemahan  di dewan terbuka sekolah


Penceramah Bengkel tunjuk cara rawatan kesihatan melibatkan 
jantung  dan paru-[aru. Penyampai ceramah dari Hospital Keningau.

Khamis, 25 Julai 2024

Kursus Pemantapan Pengurusan PSS ( Pusat Sumber ) 2024.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

      Bersyukur kepada Allah atas kurniaNya dapat saya hadir ke kursus pemantapan pengurusan PSS pada 23.07 - 24.07.2024 hari Rabu dan Khamis pada minggu ini di Dewan SK. Luagan, Keningau, menghimpunkan guru yang dilantik GPM ( guru perpustakaan & media) di Daerah Keningau.

Penceramah khas dai Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Unit SSTP PPD Keningau sebagai penganjur kursus ini ialah EN. Al Fian , dibantu oleh Cikgu Rohani dari SK.Pasir Putih menyentuh bahagian Galakan Membaca dan Cikgu Muammar Ghaddafi Bin Shamsudin dari SK.Kebatang Baru menyampaikan ilmu baru tentang program menarik TVPSS. Penceramah akhir ialah Cikgu Izzah Bte Muhammad Hamzah, berkongsi ilmu bidang Literasi Maklumat.

Saya merupakan GPM dari SK.Penagatan, Keningau amat bersyukur kerana sempat hadir kursus ini. Kerana dapat pertambahan ilmu khasnya menjalankan pengurusan PSS lebih mantap, bagaimana  agar penglibatan murid dalam program membaca, program NILAM, Program TVPSS serta banyak lagi program dibawah kendalian PSS sekolah. Semoga GPM disetiap sekolah dan di Daerah Keningau telah mendapat suntikan semangat agar lebih seronok menjalani atau melaksanakan tugas sebagai Guru Perpustakaan & Media. 

En. Alfian sedang bersedia menyampaikan ceramah.

Beberapa peserta GPM sedang mendengar ceramah pada 
23.07 dan 24.07.2024

Peserta GPM dari SK.Penagatan, Keningau..


Cikgu Izzah Bte Hamzah 
Tajuk : Literasi Maklumat


Tuan Alfian memberikan sijil kepada setiap sekolah yang menyertai 
program NILAM dan Bicara Buku 2024


Sijil Penghargaan & penyertaan dari SK.Penagatan, Keningau


Laporan bergambar disediakan oleh GPM SKPK