Penghargaan Terindah Seorang Guru Bersara
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bertemu lagi dalam paparan blog ini. Terasa rindu untuk mencatat sesuatu yang diharapkan akan bermanfaat pada sesiapa jua yang sukakan cerita atau informasi yang berkaitan dengan kehidupan ini. Kadang saat senggang anda akan teringat kegembiraan yang pernah lewat kita rasai bersama teman yang dikasihi. Kerana itu tamplate ini sedikit sebanyak mengingatkan anda tentang beberapa lukisan kenangan yang sungguh indah. Ya, sungguh indah kehidupan ini apabila kita berkesempatan meraikan kegembiraan bersama insan yang dekat dengan kita.
Turut menjayakan majlis ini ialah bersama suami dan keluarga guru bersara ini. Selain itu didatangi juga oleh YDP PIBAGU iaitu Saudara Ismadi Bachok serta kehadiran Guru Besar dari sekolah SK. Kapayan Apin-Apin. Antara pengisian majlis ini ialah, mendengar ucapan Guru Besar Sekolah, ucapan guru bersara. Pemberian hadiah juga kepada guru bersara secara bergilir dan acara yang di tunggu ialah menghadap jamuan makan yang telah dihidangkan.
Semoga Cikgu Moita yang merupakan guru pemulihan sentiasa sihat dan bahagia menikmati persaraan ini, diharapkan juga semoga guru bersara ini dapat merehatkan diri dan tenang, aman bahagia menikmati dan dimudahkan apa juga urusan kehidupan ini. Selamat bersara Cikgu Moitan Inggit dan nikmatilah hari-hari persaraan dengan perasaan yang bahagia,


.jpg)

.jpg)










.jpg)






.jpg)




