Rabu, 27 Ogos 2025

" Bring Back Oldies Memory" Anjuran Panitia PJK Program Bulan Kebangsaan 2025.

 

Rabu, 27.08.2025 bertempat di padang SK. Penagatan dan di Dewan terbuka sekolah diadakan sukaneka  tradisional yang dianjurkan oleh Panita Pendidikan Jasmani Kesihatan yang di ketua oleh Cikgu Josey A selaku Ketua Panitia PJK sekolah tahun 2025.

Semua warga seronok menyaksikan penglibatan semua murid tahap 1 dan tahap 2.

Julung kalinya diadakan Program Kebangsaan di setiap sekolah dan termasuk SK.Penagatan, Keningau. Semua pantia mata pelajaran diperlukan untuk menganjur aktiviti sebagai pengisian sebaik program ini dilancarkan.

Penglibatan semua staff sekolah dan komuniti murid tahap 1 dan tahap 2 serta PraSekolah amat digalakkan demi menjayakan sukaneka  Pancing Botol, Isi air dalam baldi,boling kelapa dan pusaran bumi. Murid juga dapat menyaksikan aksi kawan-kawan mereka bertanding sesama secara sihat. Walaupun acar sukaneka mencabar kebolehan mereka dan kemahiran mereka  yakni peserta tetap melaksanakan misi mereka agar pasukan menjadi juara dan pemenang setiap kategori sukaneka.

Penyelaras Program Bulan Kebangsaan ini amat berterima kasih kepada semua Pantia Mata Pelajaran kerana dapat menjayakan apa juga yang dirancang sempena Bulan Kemerdekaan ini. Ajk yang dilantik serta Guru Pelatih diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 Gabungan Pengacara Hebat Menjayakan Sukaneka Ini.

Gabungan pengacara yang hebat seperti Cikgu Josey sendiri, Cg, Davina dan Cikgu Rissa diucapkan terima kasih atas kejayaan mengacara sebagai pemudah dalam menjayakan SUKANEKA yang menarik minat murid menyertainya. Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti yang tidak kurang menarik seperti Senamrobik yang di adakan di Dewan terbuka yang di ketuai oleh Cigu Piah sebagai pengacaranya. Syabas dan tahniah semua. Majulah sukan untuk negara. Sukaneka bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Jumpa lagi di artikal lain.

Muridbersedia diberi taklimat oleh pengacara Sukaneka di padang sekolah

Guru kelas memberi semangat dan mengatur peserta mengikut kelas masing-masing.

Acara tahap 1 dan Prasekolah, mengisi air dalam baldi, mendapat sorakan hangat

Menyaksikan semua acara Sukaneka hari ini.

Memberikan semangat kepada peserta menyudahkan aktiviti..

Cikgu Davina salah seorang pengacara program sukaneka ini

Gabungan tenaga yang mantap, pengacara dan guru kelas 1C

Happy menjayakan Sukaneka ini..

Murid tahun 6 turut memberikan sumbangan bakti untuk bertugas bersama.

Sukaneka Pusaran Bumi..

Sukaneka mengisi air dalam botol

Tersenyum guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau

Tersenyum menyaksikan sukaneka ini berlangsung

Acara sukaneka memancing botol..

Cikgu Jeramah tunjuk cara memancuing botol

Guru pelatih lelaki dari IPGM Keningau.


Vedio senamerobic hari ini 28.08.2025

1 ulasan: