Sabtu, 16 Ogos 2025

Gotong - Royong Perdana Kali Ke 2 Peringat Sekolah 202

Ibubapa yang hadir gotong royong hari ini 16.08.2025. Menebang pokok
nangka yang semakin besar dekat pondok pengawal

Program ini ialah anjuran bersama PIBAGU sekolah yang dipengerusikan oelh Ustaz Ismadi Bin Bachok. Gotong - royong ini adalah kali kedua pada tahun 2025. 

Skop kerja lebih kepada pembersihan dan cuci lantai kelas yang berkaitan, menebang pokok nangka, menebang pokok kelapa sawit, memasukkan tanah ke dalam pasu roda hiasan depan tandas baru murid, menyimen lorang jalan murid ke kantin sekolah. Ramai ahli ibubapa yang hadir memberikan kerjasama padu. Tahniah kepada ibubapa yang prihatin. 

Gotong - royong ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. AJK Pibagu telah menyediakan juadah seperti kuih muih, mee goreng, kopi dan air mineral. Hari isnin pasti ramai pelajar gembira kawasan sekolah semakin ceria dan terang benderang.

Pemasangan pasu roda yang sudah dibentuk pasu depan tandas baru murid.

Ini keadaan pasu roda yang telah dimasukkan tanah hitam,..hanya menunggu di masukkan bunga

PK Hem..sedang membuat pemantauan dekat Kantin sekolah..menyimen 
jalan kegunaan murid ke kantin untuk membeli makanan

Ramai guru perempuan berada di area ini, membantu memasukkan tanah ke dalam pasu roda

Ibu / wanita yang turut hadir ke gotong royong ini. Ramai yang datang memberikan 
kerjasama kepada pihak sekolah

Tebang kelapa sawit yang tumbuh sendiri dekat tandas lama  guru..alhamdulillah terang sudah 

Bersedia untuk tebang pokok nangka sepemeluk

PK Hem dan PK Ko-Kum sedang memantau ibubapa menyimen lorong jalan ke kantin

Membersihkan  bilik

Memutarkan alat membancuh simin dan batu pasir oleh kaum lelaki ..

Blog bukan hak milik kekal.Catatan oleh GPM.

1 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua yang hadir gotong royong..pasti ada ganjaran pahala amal jariah

    BalasPadam