Jumaat, 26 Ogos 2022

Program Membaca Teks Sejarah Tahap 1. Menarik Mendapat Sambutan Hangat

Asalamualaikum & salam sejahtera semua. 
Bertemu kembali dalam ruangan blog Template Mekar Pendidikan SK.Penagatan Mamabang. Nampak tak wajah baru,header baru.Menarik dan rasa nak tambahkan ilmu perkongsian di laman ini.
Pentas Mini di Pusat Sumber Sekolah
Teman semua,khasnya semua warga sekolah ini, terbaru di sekolah diadakan banyak program menarik semuanya untuk murid sekolah.Semua bertujuan yang baik menjurus mencorak disiplin murid agar lebih baik dari semalam.
Program ini ialah PERTANDINGAN MEMBACA TEKS SEJARAH ringkas khusus murid tahap 1.Murid tersebut ialah murid tahun 1,2dan murid tahun 3.Terdapat 19 murid berjaya mendaftar pertandingan ini.Cuma syarat untuk menyertai ialah mestilah murid yang tahun ini baru mulai lancar membaca. Murid yang sejak dari tahun 1 sudah lancar membaca tidak diterima.Ini disebabkan untuk melahirkan rasa seronok membaca di kalangan murid tahap 1 yang dikesan baru sahaja mulai lancar membaca. Selain untuk membentuk disiplin murid agar sentiasa mengisi masa terluang dengan membaca.Mendedahkan kepada murid ini betapa seronoknya kini mereka pandai membaca dan akan menikmati berbagai ilmu pengetahuan dengan membaca. 
Begitulah huraian ringkas tentang program Pertandingan Membaca Teks Sejarah Ringkas pada 26.08.2022 bersamaan hari Jumaat yang di adakan di Pusat Sumber Sekolah.Penyelaras program ini ialah En.Mohd Azali, manakala hakim atau pengadil pertandingan membaca lancar ini ialah En.Rosdi, Pn.Siti Aminah,En.Handeri dan En.Dominic Gasan.
Syabas dan tahniah kepada yang menang dalam pertandingan ini.Murid yang kurang bernasib baik diucapkan juga tahnia dan semoga tidak berputus asa.Cuba lagi di masa akan datang.

Jumaat, 10 Disember 2021

Taklimat Khas Sesi Persediaan Persekolahan 2022

 Taklimat Khas Sesi Persediaan Persekolahan  2022

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat malam, bertemu lagi dalam paparan blog Mekar Pendidikan SK. Penagatan, Keningau. Kali ini laporan secara ringkas bergambar hasil dapatan dalam sesi Taklimat Khas Sesi Persediaan menjelang pembukaan sekolah pada Januari 2022.

Taklimat di pengerusikan oleh PK 1 En. Mohd Zahir Bin Baharom pada 10.12.2022  yang bertempat di Makmal ICT. Alhamdulillah kerana taklimat ini selesai dengan lancar hasil kerjasama kehadiran penuh oleh warga sekolah.

PK 1 Sedang mempengerusikan taklimat 

Guru Besar sekolah sedang memberikan taklimat
kepada semua guru.

Ingatan Mesra Kepada Semua Warga Guru SK.Penagatan, Keningau.

En. Karim Abdul Rahsid selaku Guru Besar sekolah serta Penolong Kanan 1 mengingatkan agar semua warga guru dapat membuat persediaan persekolahan menjelang tahun 2022. Beberapa perkara yang tekan oleh Guru Besar ialah:-

1. Aspek kehadiran pada awal pagi sebelum 7.20 minit pagi, semua warga guru telah berada di sekolah.
2.Mengemaskinikan Rancangan Pengajaran Harian dan disemak oleh pentadbir.
3.Kepada semua guru tahun 6, sila sempurnakan Kursus Semakan KSSR 2017 hingga 20.12.2021.
4.Menyediakan soalan secara sumatif atau formatif  sebagai Ujian PBD akhir tahun.
5. Mempastikan penilaian PBD telus dan perlu sediakan borang penjaminan TP yang telah diberi kepada murid.
6.Perbaiki kehadiran ke sekolah dan kehadiran mengajar di kelas. Sebolehnya hendaklah menepati masa dan elakkan terlambat jika tiada masalah yang serius.
7. Menyemak semula SKPMG2 agar dapat disahkan oleh Guru Besar.
8. Menceriakan bilik guru dan bilik - bilik khas.
9.CRK iaitu cuti rehat khas hendaklah di pohon dahulu baru di luluskan mengikut keperluan sebenar dan bukan sewenangnya mengambil CRK tersebut.

Doa disampaikan oleh Ustaz Norisam 

PK HEM En.Hendry Yamurong

Guru-guru yang hadir.

Suasana di Makmal ICT 
Guru-guru semua sudah bersedia
mendengar taklimat penting.

Informasi Terkini Pemulihan Khas 

Cikgu Moita Inggit, guru Pemulihan Khas sekolah memaklumkan bahawa usaha berterusan pada aspek seperti murid bermasalah pembelajaran dan kategori OKU diambil serius. 

Cikgu Moita memaklumkan akan memberi infor dari masa ke semasa tentang perkembangan murid di Pemulihan Khas.

Cg Moita juga memaklumkan ada kemajuan murid pemulihan kini  menguasa mengenal huruf dan membaca seperti murid di 1C bernama Christella Agustin, murid ini menunjukkan perkembangan yang baik katanya.

Perkara lain yang ditimbulkan

1.PKHem meminta guru tahun 6 membantu murid dan ibubapa bagi mengisi borang online permohonan ke sekolah kawalan atau ke tingkatan 1 tahun 2022.
2.Pakaian batik yang baru harus semua guru mengambil agar seragam dan gambar tidak timbul pakaian yang tidak sama.Urusan pakaian batik baru di amanahkan kepada Cg.Siti Aminah Harun.
3.Guru Perpustakaan & Media memohon agar di beri jadual ganti dalam kadar satu atau dua kali seminggu bagi mengganti guru yang mengambil cuti atau berkursus.
4.GPM meminta agar diberi teguran serta beri ingatan untuk mengurus PSS sekolah oleh pentadbir. GPM mengharap agar teguran itu nanti  dapat memberikan semangat yang berguna untuk terus menjadikan PSS tidak luntur kefungsiannya di sekolah,walaupun perkhidmatan PSS di hadkan buat masa kini akibat pendemik Covid-19.
5.Guru Besar memberi ingatan agar apa juga program yang hendak di buat di sekolah harus dibincangkan dahulu. Dan memberi nasihat agar bekerja mengikut daya dan kemampuan masing-masing.


Khamis, 14 Oktober 2021

PdPR Lancar Minggu Ini

PdPR Lancar Minggu Ini

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Uguu tii ertinya Terbaik

Salam Keluarga Malaysia, bertemu lagi dalam paparan maya di laman Web Mekar Pendidikan SK.Penagatan, Keningau, Sabah. Awal pagi bersiaran hari ini, bertujuan hendak memberiakan infor terkini PdPR yang masih berlangsung dalam Dunia Pendidikan di Malaysia amnya. PdPR dari 11/10 - 15/10/2021.

PdPR adalah pendekatan untuk menyampaikan pengajaran pembelajaran kepada semua murid akibat keadaan tidak bersemuka di sekolah, di mana-mana sekolah di Seluruh Negara Malaysia, ang berlangsung mengikut jadual di kediaman murid. Dan Perintah ini arahan Kementerian Pendidikan dan agenda kerajaan Malaysia sebagai mengekang penularan pendemik wabak Covid-19.

Lalu berbagai cara dilakukan oleh guru-guru dalam menyalurkan pengajaran secara maya ini. Terserah kreativiti guru hendak sampaikan dengan cara sendiri asal sahaja PdPR dapat dijalankan dengan lancar.

SK. Penagatan, Keningau biasanya akan memberikan arahan kepada murid dan kerjasama ibubapa untuk mengambil gambar ketika murid sedang atau selesai belajar secara PdPR di rumah. 

Menariknya guru-guru amat kometted dan bersungguh-sungguh saban hari menyiarkan gambar dalam group SK.Penagatan, dan didapati kreativiti murid dalam mengambil gambar amat terlihat menarik perhatian. Sebagai dokumentasi addmin siarkan atau kongsikan beberapa gambar dapatan addmin minggu ini mengenai PdPR yang berlangsung secara maya.

Syabas dan tahnia kepada warga pendidikan SK. Penagatan, Keningau, Sabah. Teruskan usaha. Semoga terus mengukir kejaaan demi kemanjadian murid.

BM Tahun 6 .Cikgu Dominic Gasan

Cikgu Hazlawati Azlan

Cikgu Mohd Tahir Dulamit


Cikgu Jerama Ak Reban

Cikgu Adevin & Mohd Azali


Cikgu Ahini haisin


Pendidikan Agama Islam

Pendidikan Agama Islam

Cikgu Rosdi Pongat







Jumaat, 17 September 2021

Inovasi Murid Sempena Bulan Kebangsaan 2021

Inovasi Murid Sempena Bulan Kebangsaan 2021


Saksikan video hasil dari inovasi murid SK Penagatan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Tahun 2021.

Sumber : Hasil Carian Google




Standing in the eyes - Ella (cover) by Rabiatul Iskandar

Standing in the eyes - Ella (cover) by Rabiatul Iskandar

SELAMAT HARI MALAYSIA 16.9.2021

Khamis, 16 September 2021

JENTERA PENTADBIRAN SK.PENAGATAN, KENINGAU, SABAH 2020

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Klik JADUAL KELAS  & JADUAL GURU

JENTERA PENTADBIRAN SK.PENAGATAN, KENINGAU, SABAH


GAMBAR INI TELAH DISEDIAKAN OLEH CIKGU DOMINIC GASAN