Selasa, 13 Januari 2026

Kembali Ke Sekolah 2026. Program Aank Baik Lagi Cerdik.

Kelihatan Penolong Kanan 1 dan PK Hem menyambut kehadiran murid awal pagi
datang ke sekolah pada 12.01.2026. Amalan budaya penyayang ersekolahan 2026.


Program Anak Baik Lagi Cerdik Sesi Awal Persekolahan 2026.

Program ini dilancarkan oleh PK 1, En. Zahir Baharom pada 12.01.2026 di perhimpunan rasi yang bertempat di Dewan Terbuka SK.Penagatan. Program ini diurus atau penyelarasnya ialah Cikgu Rissa Sinuar dan AJK Khas yang telah dilantik. 

Objektif Program ABC

Memupuk semangat suka datang ke sekolah dikalangan murid selain merasa seronok dan selamat  datang kesekolah. Murid merasakan aman dan damai berada di sekolah sehingga merasa sekolah adalah tempat yang sernok menimba berbagai ilmu. Ada berbagai aktiviti yang dijayakan dengan melibatkan Guru Kelas, Guru Penolong Guru Kelas, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran di Dewan atau juga aktiviti di dalam kelas. Syabas dan tahniah kepada AJK yang menjalankan Program ABC ( Anak Baik lagi Cerdik ) 

Murid ini adalah yang paling awal datang ke sekolah pada 12.01.2026.
Merupakan murid tahu 3 Bijak

Dipasangkan bintang Anak Baik Lagi Cerdik program seminggu awal
persekolahan 2026 hingga 16.01.2026.


Perhimpunan rasmi Isnin 12.01.2026

Cikgu Rissa Sinuar memberikan ucapan sebagai Penyelaras Program Anak Baik Lagi Cerdik 2026.

Turut hadir awal pagi persekolahan 2026 ialah YDP PIBG Sekolah,
Encik Ismadi Bin Bachok.