MAJLIS RASMI HARI GURU, TADAU KAAMATAN, HARI BGAWAI DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH DARI IPGM KAMPUS KENINGAU.
Kreatif hasil sentuhan AJK Hiasan Pentas yang diketuai
oleh CiKgu Hazlawati Binti Azlan
Antara Guru-Guru yang sempat dirakam dalam gambar.
Menarik memakai pakaian Tradisional Masyarakat Sabah.
Menyanyanyikan Lagu "Kami Guru Malaysia "
Kepelbagaian Pakaian Tradisional Sabah dari Etik Suku Kaum
Asaalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap semua pembaca maya dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ini, admin blog sempat bersiaran di laman ini ekoran ada masa sengang sebagai guru Perpustakaan dan Media. Kesempatan ini dapatlah mengupdatekan blog yang kian bersawang ini. Mohon maaf kepada rakan-rakan guru juga pembaca maya yang mungkin tertunggu-tuggu apakan paparan di blog ini sebagai bahan untuk dibaca.
Majlis 4 dalam 1 ini sebenarnya telah beberapa hari berlalu,namun masih terasa bagaikan baru bagi kami di Sabah. Majlis rasmi Hari Guru, Hari Kaamatan, Hari Gawai bagi rakyat Sarawak dan Majlis perpisahan kepada tiga orang gru pelatih dari Kampus Institusi Perguruan Daerah Keningau baru-baru ini selama 4 bulan. Mereka ialah bakal Guru Hazim,Angelina dan Joan. Syabas dan tahniah kepada mereka kerana berjaya menamatkan latihan fasa akhir.
Kepada semua warga guru kita ucapkan SELAMAT HARI GURU, SELAMAT HARI KAAMATAN KEPADA SEMUA RAKYAT NEGERI SABAH, SELAMAT HARI GAWAI KEPADA SEMUA RAKYAT SARAWAK DAN SALAM PERTPISAHAN KEPADA CIGU HAZIM,CIKGU ANGELINA DAN CIKGU JOAN.Mohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari kesilapan. Manusia ini bukan lah yang sempurna. Salam kasih sayang dan semoga ada lagi menyusul artikal baru menerusi blog sekolah ini.
Berita Menarik
Barisan guru yang mendapat Anugerah Khas Gelaran hasil Pilihan murid-murid sekolah.Tahniah kepada mereka ini. Lihat gambar mereka, antaranya Cikgu Nasrul,Cikgu Tahir, Cikgu Zahir ( PK 1), Cikgu Jeramah,Cikgu Harayti,Ustazah Sabirah serta admin Blog tetapi kebetulan masa ini admin blog berada di Kota Kinabalu Sabah, sebaik jam 10.00 pagi. Ada urusan mendesak maka tidak dapat naik pentas terima hadiah. Kepada semua murid TERIMA KASIH memilih kami . Ada ramai juga guru yang mendapat anugerah, mohon maaf hanya beberapa gambar dimuatkan dalam laman ini.